Drama : Paired Performance #kiCkskit


Assalamualaikum, Hi. Happy Thursday everyone!

Harini saya rasa saya nak cerita pasal paired performance.

Subject Language & Drama ni masa second semester baru ada. Ni antara subject yang susah untuk saya. Exam tak banyak pun, ada sekali paper ja. Itupun 30% saya dah mengarut entah apa apa. Lagi 70% (paired performance 30% + grouped performance 40%). #kiCkskit tu nama untuk paired performance kelas saya.

Setiap orang akan dapat pair masing-masing, tu pun kena cabut undi. Saya harap sangat dapat classmate perempuan sebab segan kot nak berlakon dengan lelaki. Hmm, tapi harapan saya mati di tengah-tengah jalan. Sebab drama partner saya sah merupakan seorang lelaki, dah nama pun Atiff. Haa hal ini juga telah membuka episod episod baru dalam kamus hidup seorang Nurul Huda.

Saya pernah jugak group dengan lelaki dulu, tapi tak pernah lah sampai berdua-duaan macamni haha bunyi macam songsang sangat. Mencabar jugak sebenarnya sebab kena fikir nak jumpa dekat mana, nak practise cemana, nak sembang apa. Memang nasiblah, roommate pun dapat partner lelaki, memang first few weeks tu hidup kami dua huru hara berantakan semuanya macam dalam sinetron.


Tapi, takpalah, saya cuba take it in a positive way. Susah memang susah tapi kalau saya tak keluar dari comfort zone, we will keep on cycling in the same circle ecewah hang nampak Malala bersyarah ni hiks. Bak kata roommate, "God works in mysterious ways.

INSIDE CAMELIA'S MIND. Haa, nilah tajuk drama group saya. Saya haruslah jadi Camelia. Atiff jadi Black and White. Haa, time ni lah saya tahu macamana otak lelaki bekerja. Tak tahu lah kan, tapi pada saya, lelaki tak secomplex perempuan. Selalunya saya suruh Atiff ja decide. Saya cam ya ya kan ja lah haha. Pernah sekali, saya pergi iOi nak beli bunga. Jenuh berjalan, tu tak kira saya berlari lari anak lagi. Dramatik tak perjalanan hidup aku ni? Nak cari bunga pun bising sampai tulis dekat blog. Tapi sedihnya, saya tak jumpa jumpa jugak bunga, last last saya jumpa sekuntum, paling last! Tu pun saya sebat walaupun bunga tu orang buat display untuk section ruang tamu dekat Home Decor. Bila balik college :

Atiff : Eh la, beli bunga ke? Asal tak petik kat jalan je? 
Me : *Sampai hati, hang takkan pernah paham mahalnya kasih aku terhadap bunga itu, dengan berkepit kepit aku dalam bas penuh bangla, bertitik titik peluh aku menjelajah iOi, dah ceruk mana pulak nak pergi petik bunga dekat Dengkil ni?* (boleh baca dalam hati sambil berhuhuhu)

*berkepit dengan bangla is an extreme exaggeration, I will use some other decent words next time hiks*

Selalunya kalau nak discuss, kitorang pergi bilik bacaan. Kadang-kadang, roommate teman. The rest semua WhatsApp. Mula-mula nak WhatsApp tu, saya bukak memo dulu kot, karang panjang panjang, baru send. Memang tatabahasa tip top ah nak habaq mai. Kalau nak tahu, setiap kali rehearsal, kitorang tak pernah practise pun sebenarnya. Kiranya 5 minutes atas stage tu, pandai pandailah survive.

To add more spices, we both are so not into drama haha. Saya pulak memang bukan jenis spontaneous. Tapi disebabkan drama ni, saya belajar main tibai ja nak sebut apa apa pun. Memang caca marba lah jadinya. Susah memang susah, tapi saya bersyukur sangat sebab for every trial, sleepless nights, sweats and tears, saya belajar banyak benda. Sapa ja tak stress time class drama ni kan? Kadang-kadang tu terfikir jugak cemana lah eh partner dengan perempuan? Mesti senang sebab boleh practise dekat college. Tapi, Alhamdulillah, sepanjang drama ni, tak pernah lah pulak nak gaduh ke tarik muka ke sebab saya rasa macam tak cool sangat gaduh gaduh.

Masa jadi Camelia ni jugak first time saya make up. Taklah make up sangat pun, seingat saya Bella baru letak eyeliner kot, itu pun saya dah gelabah dah nak suruh cecepat tanggalkan. Apa apa pun, thank you Bella and Mas sebab pinjamkan saya make up set. Lepas habis perform, saya tak tengok pun video sebab segan. Bila dah lama lama sikit, baru rasa macam nak tengok hehe tu pun skip skip, tau tau ja dah part "My Girl" eh eh eh?

p/s : Alah, yang tak paham tu, sapa suruh tak datang tengok? 


I'm beyond thankful sebab ada classmates yang sangat supportive, tolong saya practise, pinjamkan props etc, gather dekat Padang Maksiat untuk share ideas, thanks a bunch Chekhovians! Thank you so much roommate yang sama sama berdebaq every night before drama classes for ten weeks haha and last but not least thank you thank you Atiff, we are a team! 

Footnote : Kalau kita rasa susah, ingat tau, Allah tak pernah uji kita melebihi keupayaan yang kita ada :)


Sorry sebab banyak sangat hyperbole. Over over pun, habis jugak satu entry korang baca kan?