Atheism dan kita.


Asalamualaikum ,
Apa khabar semua ? :)

Lepas baca post ini , saya terpikir banyak kali. Macamana ATHEISM ni ? Umumnya kita tau golongan Atheist ni takdak kepercayaan atau tak dak Tuhan. Ya. Kadang-2 Atheist ni sedarkan saya yang nikmat memiliki Tuhan tu indah. Atheism boleh berdoa , tapi sapa nak dengar? Saya yakin Allah As-Sami'. (maha mendengar). Lihat kawan , Ar-Rahman Allah.. Hebat!

Terdetik jugak kat hati , "kalau boleh aku nak drag semua Atheisms masuk Islam." :D Bila tengok balik orang Islam sekarang , sedih rasanya. Kadang-2 tu , nak berkawan pun memilih.

"Kau pakai tudung labuh , tak suit dengan kami."

Hm , baru-2 ni saya pergi Penang. Hehe , balik negeri kelahiran. Malam jalan-2 dengan family pegi Batu Feringgi. Huhu , ramai benar foreigners. Kita tahu kan attire omputeh ni macamana.. Tak sama dengan orang Mesia. Yang sedihnya , orang Mesia nak jugak pakai macam omputeh. Lagi sadiss , omputeh tu sekurang-kurangnya pakai short-sleeve , org Mesia takdak lengan terus :(

Entah? Bayangkan kalau setiap hari kita tak jaga aurat ... agaknya tinggi mana dosa kita? Kadang-2 dalam percakapan pun kita tipu. Inikan pula hal-hal lain. Kita tak nak riak , tapi kat FB dah penuh status "aku drive Lamborghini sekarang , sape nak ikut?"

Kita tak nak tabarruj , tapi kita selalu berlebih-lebih. Sekarang ni , tengah tengok TV pun boleh mati. Lain macam orang dulu , bila dah tua , bila sakit baru tinggal dunia. Sekarang ni , anak kecil yang tak sempat tengok dunia pun Allah dah suruh malaikat Izrail cabut nyawa. Inikan kita?

Kita sakit di dunia , insyaAllah indah di akhirat :D Allah pemurah dekat semua hamba-Nya. Tapi Ar-Rahim Allah hanya untuk umat Islam. Bertuahnya Islam. Sayang Allah sementara dia masih sayang kita. :)

Sekian , wassalam .

No comments :