Kisah Dari Jepun : Bestnye Sensei ada Tuhan!


Siapa suka bunga sakura?
Cantik sangat ke bunga sakura ini?
Inilah bunga kesukaan saya.
Al-kisah, Kak Farhana merupakan seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun, beliau juga bekerja sambilan sebagai seorang cikgu tuisyen Bahasa Inggeris.Kak Farhana mempunyai seorang anak murid lelaki yang dikhabarkan olehnya mempunyai rupa paras yang kacak!
Biasalah anak kelahiran orang Jepun. Muka macam pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi yang digilai oleh remaja-remaja sekarang khususnya bunga-bunga yang sedang mekar indah di negara kita ini. Betul bukan?Saya cerita serba sedikit tentang anak murid cikgu Farhana ini, dia adalah anak asli orang Jepun yang dilahirkan tanpa agama (ATHEIS) dan seorang pemain bola sepak di sekolahnya .
Pada suatu hari, si anak murid ini bertanya sesuatu pada cikgu Farhana. Perbualan mereka dalam bahasa Jepun ini yang sudah di terjemah oleh cikgu Farhana, lebih kurang begini perbualan mereka.
"Sensei (cikgu), kalau sensei berhajat akan sesuatu apa yang sensei akan buat?Tanya anak murid itu.
"Oh, Sensei kan ada Tuhan. Bila sensei nak sesuatu sensei akan minta dengan Tuhan sensei."Cikgu Farhana cuba memberikan jawapan yang mudah untuk anak muridnya fahami.
"Wah, bestnya sensei ada Tuhan! Macam mana cara sensei minta dengan Tuhan sensei?" balas anak murid itu ingin tahu.
Hati cikgu Farhana tersentak kerana menyedari akan sesuatu, hatinya bagaikan menangis merintih.
"Ya Allah, baru aku sedari beruntungnya aku mempunyai Engkau sebagai tempat aku bergantung dan meminta."
Airmata cikgu Farhana meronta-ronta untuk keluar tetapi ditahan oleh perasaan egonya seorang guru dihadapan anak muridnya.
"Cikgu meminta dengan berdoa macam ni." Jawabnya sambil menadah kedua tangannya separa bahu. Cikgu Farhana sengaja memberikan jawapan yang ringkas agar anak muridnya itu dapat mememahaminya dengan mudah.
"Oh, kalau begitu saya pun mahu berdoa pada Tuhan cikgu, saya pun mahu ada Tuhan macam cikgu, sebab selama ini setiap kali saya ada perlawanan bola saya selalu berdoa supaya menang tapi saya tidak tahu berdoa pada siapa." Balas anak murid itu yang masih tidak mengerti akan konsep ketuhanan.
"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku ,maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran". (Surah al-Baqarah: ayat 186)
Cikgu Farhana hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Di dalam hati dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah S.W.T melahirkan dirinya sebagai seorang Islam dan dikurniakan Iman yang tidak mungkin dapat dijual beli atau diwarisi.
"Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperolehi ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah maka sungguh Allah sangat cepat perhitungannya." (Surah al-Imran : ayat 19)
Artikel Iluvislam.com