Malam "Tamrin Kepimpinan"


Asalamualaikum , 
Tiba-tiba teringat pengalaman 'hidup mati' saya time kem PPS.
PPS ni bukan Pengawas Pusat Sumber. hee! PPS ni Pengajian Pondok Singkat. Keseluruhannya , saya rasa tenang sepanjang kem ni. Best! Hakikatnya secara terpaksa ..  

Masa PPS ni saya dilantik jadi ketua kebersihan. Mula-mula dilantik tu tak rasa beban sangat sebab ada senior yang tolong. Sampailah satu malam tu semua saf kepimpinan ada 7 orang. Amirrah (penghuluwati) Ketua Dorm , Ketua Rumah klasik dll termasuk saya kena bangun pukul 12:58 am.

Ya , saya ingat sebab sebelum tidur , fasi ada pesan :

"Malam ni ada sesuatu yang akan berlaku kepada kamu semua.. Kita tunggu dan lihat.."

Lebih kurang macamtu. Takut pun ada. Rasa macam Malaikat Munkar Nakir nak soal balik amalan. Saya tidur pun pakai baju muslimah. Takut tak sempat. Jam pun tak sempat tanggalkan. Suddenly , kak Dila datang kejut. Bangun , cari stokin , sangkut name tag terus keluar dorm. 

Kak Wan (Fasi disiplin) tanya :

"Ketua kebersihan , mana penolong kamu?"

Saya cakap dalam dorm then saya diarahkan panggil A'isyah. Penolong saya nama A'isyah. Kesian pulak nak kejutkan. Bila saya dengan A'isyah sampai dataran , saf kepimpinan kena beratur melintang. Seram takut semua ada. Dengan mengantuknya -.-'. Malam tuh yang saya ingat sampai sekarang bila kami semua tengok langit lepastu luahkan apa yang kamu nampak.

Saya kena first kali. Macam-macam saya pikir. Bila saya tengok langit , saya nampak bintang & langit yang gelap dan kelam. Perasaan takut tu betul-betul dominate.
"Saya nampak langit ni gelap. Tapi , dalam kegelapan tu ada bintang yang cantik. Macamtu jugak manusia , kalau akhlaknya buruk sekalipun , kalau kita gilap tak mustahil dia boleh jadi secantik bintang tu."
Lepastu , adalah sesi menjelajah ke dorm & rumah klasik. Survey tengok apa yang kena ubah. Last sekali   Muhasabah Diri. Masa tu saya rasa tenang. Tapi , kosong. Bila Kak Ida (ketua fasi) alun Qasidah , rasa rindu  pada Habibullah tu membuak-buak #Habibullah --> kekasih Allah.

Apa-apa pun , saya tak boleh lupa Malam Tamrin Kepimpinan ni. Kalau ada lagi malam macamni. Saya taknak lalui dah! Sadiss :')
"Setiap perkara adalah kali pertama"

No comments :