Antara solat Maghrib dan Isya'


Asalamualaikum ,
Sahibiku :)

Apa khabar semua? Semua sihat kan?

Okay , jom kita sembang bab solat. Sebelum tu , saya tak lah terror sangat dalam bab ni , cuma sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua :D

Solat Maghrib . Bila kita solat Maghrib. Mestilah bila tergelincir matahari. Selalunya , student atau orang yang berkarier susah nak solat berjemaah sebab tak sempat. Takpun , tuntutan kerja tak mengizinkan. Apa kata kalau time Solat Maghrib & Isya' kita berjemaah?

Ye lah , setengah hari kita cari bekal dunia , malam pulak kita cari bekalan di Akhirat. Antara perkara sunat sebelum solat Maghrib. Ya , kita boleh buat solat Qabliah. 2 rakaat , tak banyak pun. Tapi pahala tetap dapat :) Lepas Maghrib , boleh buat solat sunat Ba'diah . 2 rakaat jugak.

Ada tambahan , lepas Ba'diah .. Kita boleh sambung dengan solat sunat Awwabin. Solat ni dua rakaat dan rakaat pertama dan kedua , baca Surah Al-Fatihah , Surah Al-Ikhlas 6 kali , Surah Al-Falaq sekali dan Surah An-Nas sekali . Berdoalah supaya Allah tetapkan iman :)

Sekarang ni kan , Maghrib & Isya' jarak hampir sejam. Tak perlulah tanggalkan telekung ke kain pelikat dulu. Duduk atas sejadah , sambung dengan bacaan Qur'an. Bila dah masuk Isya' , boleh terus solat. Sama jugak Qabliah dulu , kemudian Ba'diah.

Last sekali , solat witir. Satu rakaat ja. Sebagai penutup. Nanti bila kita mati , kita pun nak kesudahan yang baik kan? Solat pun perlu :)

Allahumakhtim lana bihusnil khatimah , wa la takhtim 'alaina  Ya Allah bihusnil khatimah.

Itu sahaja. Sekian.
Selamat Bercuti semua ^_____^

3 comments :

alia zainol said...

entry yg bermanafaat =)

Qienah said...

Antara solat sunat yang di tuntut2 iaitu solat sunat di antara maghrib dan isya'. bgs info ini..;)

Fahuna said...

Alia Zainol : Terima Kasih sudi baca :)

Qienah : Ya , semoga jadi amalan kita. Terima Kasih , kak ^____^