Mahu tetapi bukan keperluan.


Asalamualaikum, 
Apa khabar? sihat? :)


Cuti sekolah bakal melabuhkan tirai. Semoga cuti sem kali ni diisi dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah ya! Cuti ni pun tak pergi mana-mana. Makan kenduri saja. Banyak. Rezeki :')


Tengah khusyuk habiskan Folio Geo, nampak icon Chrome dekat desktop. Was-was dah nak sambung folio.. Syaitan pun start kerja. "Hm.. sat ja nak online. Tak lama. 5 minit, aku tutup.." Mula-2 tengok profile, lepastu comment sikit. Eh, macam nak update status. Ayat apa eh yang sesuai.. Pikir pulak. Tak sedar masa dah terbuang kat situ. Padahal time tu dah boleh siap satu Hasil Kajian -.-'


1- Folio/Homework/Revision & FB
Homeworks tu satu keperluan. FB, Twitter, Blog tu satu kemahuan. So, kalau nak berFB tak salah, Nak tweet pun boleh, habiskan homeworks dulu. Saya pun bermasalah jugak kalau bab macamni. 


"Akak buat ape tuh? Umi taknak kata apa. Nak exam kan...."
"Ok, Umi. Akak off sekarang."


2- Novel & Buku Rujukan
Selalunya novel mesti harga berbelas-2 ringgit. Ada yang berpuluh-puluh. Yang tu sah novel Nicholas Sparks, Cathy Hopkins. Kadang-2 kalau pergi MPH, Popular. Sederet tu novel, sederet lagi buku rujukan. Err, nak ambik yang mana ya? Lebih baik ambil buku rujukan sebab kalau novel boleh pinjam dekat kawan. Kalau taknak sangat kan, baca je kat Penulisan2u :D


3- Tidur & Solat


"Man, bangkit subuh.."
"Sat mama, 5 minit lagi..."

Oh, tidak. Time cuti sekolah ni la paling liat nak bangkit subuh. Huhuhu T_T. Tapi, sapa solat Subuh, rezeki banyak tau! Haa, janganlah bermalas-malasan. Lagipun solat tu keperluan tau, Wajib lagi.
Fast Action, Fast Result! 
Rasanya tu je kot. Tak tahu nak mula menulis macamana. Rasa lama sangat nak update blog. Heeeee :D OK, sekian. Blast your day by smiling all day thru :)


Wassalam.

No comments :