Couple Islamik?



Assalamualaikum, 

Sahabat-sahabat yang saya sayang sekalian :)

Belakangan ini, banyak post-post jiwang menghiasi home page Facebook saya. Couple? Bolehkah? Sesetengah orang berpendapat, couple ni haram. Tapi, ada jugak yang mengatakan :

"Eh, kitorang couple bukan macam orang lain. Pegang-pegang sana sini. Kita jumpa and mesej sebab suka-suka ja."

Lantas, mereka menafsirkan hubungan mereka seolah-olah di bawah lembayung 'Cinta Islamik'. Ada pulak macamtu ya. Bukankah di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, terselit hamba Allah yang bernama Syaitan? Ingat tau, jarum syaitan ni lagi dahsyat dari injection kat hospital swasta. Saya teringat pesan Umi Maudah dalam kelas beliau :

"Kalau kita panggil boyfriend kita 'sayang' 'baby' 'papa' tu semua dosa tau. Cuba kamu kira kalau 100 kali panggil macamtu, sikit ke banyak dosa yang kamu dapat?"

Kadang-kadang, saya hairan. Ada sesetengah users yang senang-senang mengatakan

"Fake relay, jom?"

Kawan-kawan, jangan kita jadi terlalu murah ya. Allah ciptakan kita terlalu berharga. Walaupun kita ber'couple' , tak semestinya boyfriend or girlfriend kita tu jodoh kita. Bukankah jodoh itu rahsia Allah Ta'ala? Kalau kita nak suami atau isteri yang baik, kita kenalah jadi baik dulu :)
Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaliknya :)
Oleh itu, tak usahlah mencari, sebab sampai masa jodoh itu datang sendiri. Untuk remaja yang masih muda seperti saya (muda lagi ye?) hehehe, jom kita belajar bagi pandai dulu. Pandai akademik, pandai agama, sahsiah pun tip top baru lah layak nak fikir soal bercinta~

La Taqrabul Zina - Janganlah sesekali mendekati zina. Sebab? Berdosa! Jangan ingat, bila dah berzina baru berdosa. Is, Is, Is, salah tuu. Kita bercouple tu pun salah satu punca mendekati zina. Tuntasnya, sentiasalah jaga iman. Ikat rapi iman kita. Jangan biar orang lain senang-senang menguraikan ikatan tersebut, ya :')

Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Peringatan ini untuk diri saya juga yang kadangkala hanyut dalam mainan dunia. Kalau ada salah, mohon maaf ya. Wallahu'alam :)


2 comments :

Anisa Anuar said...

peringatan bersama..terima kasih untuk ni...

Fahuna said...

Annisa Anuar : Sama-sama, Kak Anisa. Bercinta lepas kahwin itu indah :D