Jalan Untuk Ingat.




Assalamualaikum, 

Baru-baru ni saya ke Megamall Penang. Dalam perjalanan, nampak banner. Katanya, Popular adakan bookfair. Masa tu, "Ana masrurah hubban jamma." Masha Allah :')

Setelah beberapa lama dalam kereta, cari parking. Akhirnya, sampai jugak. Masa sampai, dah Asar. Solat dulu, lepastu terus ke Popular. Jalan-jalan dalam Popular tu, lastly saya decide nak beli 4 series Conan dan satu novel. Tapi, tak tahu nak beli novel apa? 

Masa tengah berperang dengan perasan sendiri kan.. kan.. kan.. Terhidang pulak lambakan English Novels. Nicholas Sparks, Sophie Kinsella. Menangis terharu saya dibuatnya. Hehehe.

Tapi, tahu saja, Novel English ni harga dia memang mahal. Satu buku Nicholas Sparks pun dah cukup untuk saya makan Nasi Ayam Kantin selama 16 hari. Masa tengah merenung tajam pada buku A Walk To Remember, Ummi cakap,

"Ambik je. Nanti Ummi bayar..."

Arigato Gozaimas ne! Hehehe, terus ambil yang paling tip top. A Walk To Remember. Alah, cerita romantis antara Landon dengan Jamie tu. Masa ada tayangan filem lepas PMR, Sir tunjuk movie ni. Berhingus tersedu-sedu sedihnya :')

Oleh itu, saya telah berjaya. Mission accomplished. A Walk To Remember! Sekarang ni tengah bertungkus lumus menghabiskan komik Conan. Sayalah penyiasat terhebat marcapada ini ~peace~


2 comments :

nor aishah Norrifin said...

suka baca komik rupanya. Hehe. Best ke komik. Yg kami tahu, gambar hitam putih dan dialog yang berselerak. Susah nak teka mana yang first.

BTW, syok lah tu dpat ke popular. Km ni setakat ke Landmark Bookstore Hasani dekat Giant Kulim.

GOOD LUCK :D

Fahuna said...

Aishah : Hee, sejak lepas PMR ni mula terjebak dengan Conan. Hee, takpe nanti kita pergi Big Bad Wolf dec ni, confirm masuk taknak keluar dah :D