Kisah UKKM Saya




Assalamualaikum, 
Hai. Alhamdulillah, harini saya telah selamat menjalani satu pembedahan otak. Belakangan ini doktor mendapati ada sedikit komplikasi di bahagian saraf di mana proses pengaratan giat dijalankan. Kata beliau lagi, sebagai langkah berjaga-jaga, beliau mengesyorkan saya untuk menjalani ujian UKKM.
Nurul Huda Jafni
Heee, Alhamdulillah, harini saya dah habis UKKM. Mende? Ujian Kemasukan Ke MRSM. Saya ambil exam di MRSM Baling. Yea, yang dekat usah dijauhkan. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit dah sampai. Disebabkan faktor geografi yang banyak membantu dalam proses kelancaran pergi dan balik, pukul 7:30 saya baru start iron baju.

Walhal, kawan-kawan saya dah siap bermusyawwarah soalan apa nak keluar? Masa sampai, beratur. Nama saya atas sekali. Saya ditempatkan di Makmal Kompuer Satu. Ujian yang pertama ialah subjek Mathematics! Ya, Ya, setelah sekian lama tidak membebankan otak, apa salahnya sekali sekala :)

Masa jawab Maths, wah semangat. UKKM ni memanglah susah. Tapi, Alhamdulillah, boleh jawab. Tapi ada jugak sesetengah soalan saya pakai konsep :


"Hentamlah labuuu."

Masa tengah best-best jawab soalan tu, dalam soalan number 23 kot, tiba-tiba komputer saya nih macam bergetar skrin dia. Alah, macam kena virus tu. Tup! Terpadam? Huhuhu, masa tu ada lagi setengah jam lebih kurang. Pengawas yang jaga pun datang dan try fix up computer saya. Hampir 10 minit jugak, komputer saya langsung tak nampak ciri-ciri nak hidup. Malah screennya kekal gelap gelita :')

Last sekali, pengawas suruh saya guna komputer lain. Mula balik soalan 1 sampai 40. Time tu ada lima belas minit lagi. Harap maklum, soalannya juga susah tambah lagi masalah otak karat saya ini. Namun, digagahi jua mengerah kudrat. Memperturunkan segala ilmu yang ada. Ada jawapan yang saya ingat terus tanda. 

Lepas tu break sat. Sambung Science and Keperibadian. Science okay sikit dari Maths. Keperibadian, wahhh rasa nak meloncat penuh padu! Apa-apa pun, gembira bukan kepalang bila dah habis semua exam. Even ada sesi pagi dan petang, soalan bukan boleh bawak keluar. Kertas kira-kira pun kena renyuk lempaq masuk bakul. Tuntasnya, soalan taklah susah, dan taklah senang. Heee :D

Isu Komputer Mati akan sentiasa terpahat di jiwa kerdilku ini :')


1 comment :

7 prince said...

nak tnya.. kalo x bwk slip angka giliran boley ke? just igt numb je..