Al-Fatihah buat beliau.



Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat saya yang baik :)

Macam mana iman kalian hari ini? Dah charge atau belum? Dah solat? Kalau belum, jangan lengah-lengahkan ye~

Kawan-kawan, harini saya dapat berita. Sahabat ayah telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilahi raji'un. Beliau yang kami adik beradik panggil Pak Abbas. Baik dan peramah orangnya. Selalu mengukir senyuman dan sentiasa ceria. Semalam, sebelum saya balik maktab, kami sekeluarga dapat tahu Pak Abbas masuk hospital.

Sebelum balik, ayah singgah hospital melawat Pak Abbas. Seperti biasa, dia masih mengukir senyum. Saya tak sangka, semalam merupakan hari terakhir saya berjumpa dengannya. Hmm. Ya Allah, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sahabat, ayuh luangkan seminit. Al-Fatihah buat beliau.

Bercakap soal kematian, kita harus beringat. Syarat untuk mati ialah hidup. Dan, semua orang akan mati. Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik, Insya-Allah. Selalu doakan agar dipanjangkan umur dan sentiasa dalam keredhaan-Nya. Dan, doa sekali untuk semua umat Islam di dunia sama ada yang masih hidup atau pun yang telah pergi menghadap Ilahi.


Allahummakhtim lana bihusnil khatimah.

2 comments :

nor aishah Norrifin said...

Betul tu, Huda.

Aishah sendiri x sangka hari ini arwah Pak Abbas meninggal dunia. Kita doakan kesejahteraan allahyarham.

Ramai betul orang yang datang menziarahi jenazah dan membantu keluarga Pak Abas malam ni. Lihatlah, orang yang baik pasti dirindui.

Al-Fatihah

Fahuna said...

Aishah : Betul tu, Aishah. Walaupun Huda tak rapat dengan Pak Abbas. Sebak juga rasanya :'(