Dealing with SMJ for Harry Potter.



Assalamualaikum, 

Alhamdulillah. Syukur. Baru-baru ni, saya banyak cari  English second hand books di internet. First cari di Mudah.my. Tak jumpa juga. Nak beli sendiri, tak mampu. Sebenarnya, boleh je mintak dekat ibu atau ayah suruh bayar, tapi macam segan. "Macam" . Lagipun, beli guna wang sendiri lebih terasa nikmatnya ^___^



Masa saya berlegar-legar di ruang internet, terjumpa site ni Booksworm Room. Katanya, BWR ni nak close down, so buku-buku yang masih dalam stock di jual dengan harga yang sangat murah. Paling best, buku ni bukan buku second hand.



5 volumes Diary Of A Wimpy Kid dengan harga RM 30. Twilight 4 series tu RM 40 kalau tak silap. Paling mengecurkan air liur saya ialah set Harry Potter - 7 buku dengan harga RM 50. Saya pun memasang angan-angan untuk order dari BWR nih.



Dalam masa yang sama, risau jugak. Sebab order online ni bukan boleh percaya sangat. Saya pun decide untuk tanya stock HP masih ada atau tak. Deep inside my heart, mesti habis dah buku nih. Tapi, takde respons pun. Lama jugak, ada la dalam seminggu. Lama bukan? Sampai la satu hari tu, check e-mail. Sah, buku HP dah habis.



Tapi, rezeki saya masih ada. Alhamdulillah. Syukur sangat-2. Sampai lah hari yang bersejarah ni. Bibit-bibit cinta mula berputik dari sini. Ciss. Hee, saya deal dengan buyer HP tu. Namanya Sue Mei Jean. Mula-mula tu was-was la jugak. Ye lah~ kalau kena tipu, menangis sedu-sedu saya dibuatnya.



Alhamdulillah, lepas deal itu ini. Saya dapat set HP (7 books) with price RM 60 including postage. Kalau dekat bookshop, satu buku HP pun dah cecah RM 30.00 ++ (The Goblet Of Fire). Dan akhirnya, minggu lepas, buku yang saya impikan sampai di tangan seperti gambar di atas.



Bahagia bukan? Hee, cuti sekolah saya semakin berwarna-warni dengan buku-buku ini. Hee, nak tunjuk gambar buku-buku HP, tapi ada dalam phone, malas nak masukkan dalam PC lagi.



Oh ya, jangan lupa menonton Merlin : Die Of Cast setiap Isnin. Sayangnya, minggu lepas terlepas sebab terlena. Itulah, iklan TV3 ni banyak sangat. Sekian, wassalam.





3 comments :

nur anis said...

murah yang amat sangat!..:)

Fahuna said...

Nur Anis : Hee, betul3. Kalau beli dekat kedai buku, mahal sangat :')

Anys Hazwanie said...

wah bestnya.... nk jugak buku harry potter semurah itu..