Debaran Keputusan PMR, Alhamdulillah :)



Assalamualaikum,

Sahabat-sahabatkuu. Haa, Apa khabar? Sihat semua?

Alhamdulillah, semalam 19.12.2012 . Apa yang istimewanya tarikh ni? Takdak apa pun tau. Tapi, bagi student-student form 3, batch 97, second last PMR batch, tarikh ini mungkin sesuatu angka yang sangat hebat dan menggerunkan. Hee~ macam hiperbola bola :D

Baiklah, memandangkan saya ambil PMR, kelmarin saya patut siap seterika baju dan sampai di tapak kantin sekolah sebelum jam 10. Tapi, ayah saya ada course di Kuantan. Jadi, saya saya balik rumah tok di Kulim. Sebelum pergi Kuantan, ayah cakap check je thru MySMS. Haa, walaupun ada la khann, terdetik nak jumpa kawan-kawan, tapi. tapi. tak apa lah :)

Saya bangun awal betul pagi semalam. Sekejap duduk, sekejap bangun. Sekejap makan, sekejap tengok tv. Memang tak senang hati. Berdebar, dup dap semua ada. Hehehe. Ibu saya pulak semangat nak drive balik Baling. Memang tak jauh sangat pun Kulim-Baling, tapi sejam lebih lah jugak. Huu, saya pulak fikir, kalau tak dapat straight ni mesti sedih. Takut kecewakan harapan ibu & ayah.

Tapi, lain pulak dengan ibu saya, confident sangat saya boleh score straight. Saya lagi laa, seeing their hopes crawling highly. Huhuhu, takpe. Saya cuba convince diri that I've done my best. Let Allah did the rest. Tapi, saya tegar dengan pendirian. Ceh ceh ceh, punya la takmau pi sekolah. Send kat 15888 suruh bagitahu result. Line jammed. Lambat nak dapat result. Time tu, phone, msg semua dah kring kring.


Ada satu message dari Raihana "Huda kat mana?"

Huuu, ibu check message dan terus call Raihana. Masa itulah, terjadinya perbualan yang dinanti-natikan. Ibarat klimaks. Detik Debar~ Saya pula sedang mengopi di dapur. Takut, risau. Semua ada. Satu minit.. Dua minitt.. dengar bunyi riuh. Ibu datang dan cakap saya dapat semua A.

Ya Rabb, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Hee, masa dah tau result, makin rancak deringan telefon. Baru ada strength nak pegi sekolah, ambil slip. Ehehehe. Macam mana pun result kita, ingat tau. Allah Ta'ala dah sediakan apa yang terbaik untuk kita.

Berlapanglah dada. Kadang-2 kejayaan yang dikecapi pun salah satu bentuk ujian dari Allah. Sentiasa sabar dan bersyukur tau. Alhamdulillah, harini saya berjaya berpuasa sehari. Ada lagi dua hari. Terima Kasih semua. Terima Kasih Cikgu. Terima Kasih kawan-kawan. Terima Kasih. Alhamdulillah.

Ingat ye, rahsia Allah sangatlah besar. Rancangannya sangat hebat. Kita manusia, terus-teruslah memohon agar diberi kekuatan iman dan sentiasa salamatul sadri atas apa yang diberikan dan selalu ucap Alhamdulillah. Bersyukur tau kita masih hidup dan diberi kekuatan oleh-Nya :)

Sekian, wassalam. (Panjang pula entry ni. Huhuhu)




2 comments :

miza kimbum said...

tahniah ! mabruk ! :)

Fahuna said...

Miza Kimbum : Alhamdulillah, syukran shadid :)