Take 'Le Ibrah kawan-kawankuu


Kawan-kawan saya yang baik, Assalamualaikum :)


Nak cerita pasal apa harini? Banyak betul cerita. Baiklah, nampak tak lukisan di atas? Haa, hari Jumaat lepas, saya sefamily pergi Pacific. Beli barang-barang sekolah. Eh? Dah nak sekolah tau. Saya? Dah nak menginjak usia enam belas. Uhuk! Uhuk! Dah tua, nak. Hehehe.

Untuk mengelakkan saya melalut lebih parohh, saya nak kongsi sikit pasal minyak wangi. Huu, dop pahe ke? Minyak wangi atau pun Perfume. Perfume ada macam-macam jenis. Ada macam-macam brand. Dari yang singgit sampai lah beratus-ratus hatta seribu sekalipun. 

Jangan terkejut, perfume pun ada gender. Takkan ayah kita nak pakai scent Britney Spears pergi keja ye dak? Haa, kalau nak tahu memakai wangian ni sunnah tau. Wangian di sini bukan terhad untuk perfume je. Bedak, deodorant, ambi pur tu. Haa, pendek kata semua yang wangi, merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.

Daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: "Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)



Lepastuu, kita kena paham jugak bab wangi-wangi. Lihat hadis di bawah :

Nabi s.a.w bersabda:


طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: "Wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya." (HR Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bagi perempuan, kalau boleh pakai perfume tu jangan baunya kuat sangat. Cukup kita seorang je yang boleh bau. Kalau sampai terdetik dalam hati lelaki bukan muhrim begini :


"Emmm, wanginye bauu. Macam lavender belakang umah."

Berdosa tau tau. Huu, Na'uzubillahi minzalik. Baiklah kawan-kawan. Check balik, kalau kawan perempuan kita pakai wangi sangat, tegur yaa. Kesian kawan awak kalau dia dapat dosa. Kita nak jadi baik, nak masuk syurga kann? Tak best la sorang-sorang, kalau boleh masuk syurga dengan kawan-kawan sekali. Insya-Allah, kebahagiaan dalam Jannah itu sangatlah indah. Islam kan Indah! :)

2 comments :

Qienah said...

minyak wangi memang wangi.. tapi jarang je pakai...

Fahuna said...

Qienah : ehhhee, yep yep akak, wangi sangat, tapi tak boleh lebih lebih :)