Menjejak kaki ke bumi AS , Insya-Allah!


Assalamualaikum,

Apa khabar? Harap-harap belum terlewat untuk menyatakan Salam Tahun Baru Masihi. Hijrah kita bermula sudah lama, bukan? Oh ya, post title kali ini bimbo tau. Hee! Baiklah, sekolah dah start. Saya pun dah menginjak usia enam belas. Rasa senior semacam je. Hehehe, semua tu di sekolah. Hakikatnya, perangai masih kebudak-budakan. Ciss.


Form 4. Minggu orientasi seperti tahun-tahun lepas. Tiga hari. Hari ni last day. Macam-macam ragam. Macam-macam transformasi berlaku. Ada yang makin meninggi, makin mengembang. Ahh, pendek kata macam-macam ada. Taklimat pakej. Masa umur macamni lah kena betul-betul ada matlamat :



WHAT I'M GOING TO BE?

Form 4 dah kena determine haluan hidup. Sekolah saya ada 5 kelas Form 4 yang kesemuanya beraliran sains dan berkewajipan ambil Add Maths, Physics, Chemistry and Biology. Hee, subjek-subjek macamni memudahkan kita untuk masuk Matrikulasi. Okay, lima kelas untuk belia belia enam belas ialah Arab Sains, Sains Geografi, Sains Akaun, Sains Teknikal dan Sains IT.


Best tak? Kiranya, paling sikit pun ambil 10 subjek. Saya berhasrat nak ambil kelas AS. Dan di bumi AS lah saya akan meneruskan zaman persekolahan yang berbaki dua tahun lagi, Insya-Allah. Arab Sains? Best ke? Saya pun tak tahu nak kata. Minggu depan baru mula belajar. Saya cuba adapt dengan suasana ini. Pilihan ke AS bukan atas paksaan mahupun desakan sesiapa. Tuntasnya, inilah hasrat dan cita-cita saya :D 



"Cewah Cewah Cewah."

Kalau kelas AS, tak perlu ambil subjek Pendidikan Islam. Tapi ditambah tiga subjek Bahasa Arab Tinggi, Quran Sunnah & Syariah Islamiah. Haa, kena strong yeah! Bagi saya, tak rugi ambil subjek macamni. Even kita tak mampu score A pelas pelas semua tu, at least kita tahu ilmu duniawi dan ukhrawi.


Bak kata Ustaz Puad kecintaan kami kelas 3 AH tahun lalu,


"Belajaq Arab ni pahala dok berjalan tak berenti-renti. Bahasa syurga. Rugi sapa tak ambik."

Lagipun, kita belajar bukan nak tengok mana best atau mana masa depan lagi cerah. Yang penting, ikut kemampuan. Kalau mampu, ambil. Kalau tak mampu tak payah~ Hee, make it easy :)


Satu masa dahulu, saya minat nak terjun dalam bidang pendidikan. Well, nak jadi cikgu lah kan. That was masa saya kecil-kecil dulu. Tapi, seems ibu dan ayah saya kerja sebagai cikgu, mesti mereka nak saya jadi lebih baik dari mereka. Kalau boleh, kerja sendiri dan tak perlu jadi government servant.


Pikir-pikir lah kan, saya decide nak ambil medic. Doktor pakar kanak-kanak. Haa, sesuai sangatlah. Perangai pun macam budak tadika lagi. Hihihi. Dan Dan Dan University idaman saya jauh tauuu. Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di University Al-Azhar. Haaaa, sebab tu la saya ambil Arab Sains. Nak pergi Misr! Hee~


Okaylah, sampai sini sahajalah ye. Lepasni, saya sambung lagi, Insya-Allah. Nak set matlamat. Biar jelas! Hee, semoga berjaya, yeah ebelibadi. Sekian, Ilalliqa' 





4 comments :

nor aishah Norrifin said...

oh, x belaja lagi rupanya.
Aishah ni dah belajar Physics, Chemist, Bio, BM, BI, Sej, akaun. Add math lagilah, sampai nak masuk subtopic ketiga, rasa macam urghhh. Agaklah susah. Mungkin sebab x faham. Alhamdulillah,ada mak yang cikgu Math. :D

Subjek huda memang best dan mencabar
...good luck !!!

cci said...

gud luck dear..

Fahuna said...

Aishah : Ehee, itulah, susah kan Aishah? Untungglah dia mama boleh ajar Add Math. Mencabar jugak, Aishah tapi best best best :)

Fahuna said...

CCi : terima kasehh akak somel. wee :)