"Siapakah nama saudari/saudara?"


Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat-sahabat saya? Semoga semua berada dalam lindungan dan barakah-Nya. Pejam celik pejam celik, kita dah sampai pertengahan Januari. Cepat bukan? Alhamdulillah, harini dah hari Khamis. Esok cuti sekolah, lusa pun. Tulat pun. Tiga hari! Alhamdulillah. Senyum kembang kembang sikit~

Saya dah belajar banyak subjek. Dan hampir ke topik yang lebih mencabar. Walaupun belajar benda baharu, saya rasa semua tu satu cabaran yang perlu saya tempuh. Dan, antara subjek yang saya rasa agak sukar, Add Math. Hee, takpa-2, kena kuat! Katakan "Math Tam itu senang! Senang! Senang! Insya-Allah".


Saya nak curhat cerita tau. Masa kelas Sejarah, ada satu kebiasaan di mana pelajar lelaki kena panggil pelajar perempuan dan begitu sebaliknya. Haa, selalunya masa akhir kelas, masa ni Cikgu Hizam akan tanya soalan. Kebetulan, kelas saya ada ramai pelajar baru. Dan mesti tak kenal nama. Kalau tak kenal nama, Cikgu Hizam mesti suruh tanya nama. Huu, selalunya yang kena student baru. Hai, malu malu.

"Haa, pi tanya nama dia. Siapakah nama saudari, tanda soal di atas dan titik di bawahnya."

Kadang-kadang, rasa nak gelak guling-guling. Tapi, ada rasionalnya juga, sekurang-kurangnya boleh kenal antara satu sama lain. Dah minggu ke-3 persekolahan, seronok! Dapat kenal kawan-kawan baru. Tapi, ada jugak kawan-kawan saya yang pindah sekolah. Hmm, I'd felt the same once. To be frank, I miss them a lot :'(

Tahun ni rasa penat sikit. Tapi, takpe. "Susah awai-awai takpa, esok lusa tak menyesai." Hehehe~ Kadang-kadang teringat jugak kenangan dengan kawan-kawan masa PMR tahun lepas. Rindu. Masuk form 4, masing-masing ambil aliran pilihan masing-masing. Each of us will have different sense of taste tau! Hee!

Ramai yang tak ambil Arab. Jumpa pun jarang-2 sebab kelas AS tak sederet dengan kelas tingkatan 4 yang lain. Takpe, true friendship will never ever has its borders! Oh ya, sepanjang tahun ni, dah beberapa kali saya try remind diri sendiri, form 4 ni bukan masa nak berhani hani mun. Haa..Haa, mesti ramai yang selalu dengar ayat ni kann.

Betul tau. Tahun depan dah SPM. SPM SPM. Okay, nak cerita sikit pasal subjek Arab. BAT form 4 agak susah which silibusnya lebih detail. Tapi kan, untuk yang minat Arab, mesti rasa Arab tu bestt! Cuma, kena faham konsep dan enjoy setiap kelas. Saya pun selalu risau masa BAT. Takut kena tanya bab nahu. Insya-Allah, bertatih dikit-dikit ye dak?

Saya rasa takat ni dulu lah ye. Insya-Allah, jumpa lagi. Wassalam.




2 comments :

Liyana Erythrina said...

yana ambil arab sebagai bahasa ketiga.. wink2 !! =)

Fahuna said...

Liyana : ye kee yana, mabrouk eih, best kann belajar Arab? kita belajar bahasa syurgaa, meh sepp sikit, weee :D