Simplify the difficulties


Assalamualaikum,

Salam pertemuan semula, sahabat saya. Kaifa halukum jami'an? Sihat atau tidak, bersyukur kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi. Masih ada masa untuk mengejar cita-cita. Masih ada kesempatan untuk memanifestasi impian :)


“O feet of patience, keep going, for what remains is only a little. Remember the sweetness of worship, then the bitterness of striving will become easier for you.”
— Ibn Qayyim al-Jawziyyah


Seminggu persekolahan. Seronok. Gembira. Sedih turut hadir sama menjadi rencah perisa. Kadang-kadang saya rasa penat. Penat sangat. Entah apa yang saya penatkan? Nak kata homework banyak, sedang-sedang sahaja. Nak kata makan pakai tak cukup, jauh sekali. Tapi, masih terasa 'PENAT' meski pun delectation melebihi keperluan.

Cukup. cukup merungut. Sudah sudahlah. Duduk diam. Ungkapkan kata 'Alhamdulillah'. Kufurnya kita. Ujian kecil sebegitu sudah mengeluh. Astaghfirullahal 'Azim.

Masa dalam kelas Bio yang pertama, Cikgu Faridah cakap kita ni special. Kita ni hebat. Hebat giler! (Ajinomoto sikit..) Kita ni satu dalam sejuta.

Satu Dalam Sejuta
Satu Dalam Sejuta
Satu Dalam Sejuta
Satu Dalam Sejuta

Sila beri komen. Okay, kita tahu proses pembentukan zygote. Ada berjuta-jutass Sperma yang berebut-rebut nak conquer sebiji Ovum! Dan yang berjaya di antara berjuta-jutass itu wajiblah satu sahaja. Dan yang satu itulah membentuk kita. YE, KITA.

Bukan mudah. Bukan senang. Sebab tu, kita ni terpilih. Terpilih dan dipilih oleh Allah dilahirkan ke muka bumi untuk menjadi hamba-Nya dan khalifah. Haa, bersyukur bersyukur. Dalam berjutas-jutas tu, kita terpilih untuk menjadi insan. Diberi roh dan mampu bernafas. Allahu Akbar

Nak hidup tak mudah. Mesti ada masalah. Macam-macam masalah kita. Masalah duit, masalah lapar, masalah masalah. Pendek kata, celik je mata, ada masalah. Masalah tu dugaan. Haa, kita kena la wrestling dugaan yang datang tu dengan tenang. Orang tenang selalu menang, okay? 

Tak mudah nak jadi tenang dan tak susah pun sebenarnya. Ye la, ada masa kita kena ber'gelabah'an biawak jugak. Contohnya, kalau esok lusa nak exam. Satu apa pun tak study lagi. Konfem, malam exam tak tidur lena kan? Haa, masalah jugak. Tapi yang ni saja-saja pegi cari masalah. Hehehe~

Hidup kalau nak senang je tak bestt la kan? "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri" (Cik Ram dengan Cik Mah nyanyi di belakang umah). Pokok pangkal, masalah masalah masalah itu ada dan selalu ada. Kita kena pandai selesaikan masalah tersebut. Haa, baru la boleh jadi insan yang betul-betul hebat!

Kita ni dah hebat dah. Kalau dah berada dalam kalangan yang hebat, mesti nak jadi hebat lagi. Dan TERHEBAT! Konklusi, keep calm and simplify all the difficulties. Tak susah pun nak jadi senang. Hee! Rasa ada masalah je, ambil wudhu'. Tarik sejadah, hampar. Terus solat! Itulah kunci kepada segala masalah. Mengadu pada Allah, Allahu sami', kawan-kawanku sayang. Insya-Allah. Berdoalah.

Sekian, kita jumpa lagi, Insya-Allah. Assalamualaikum :D

2 comments :

eintan nurfuzie said...

btull sbb kita yg terhebat la sbb tu kita bernyawa ats muka bumi ni

Fahuna said...

Eintan : Ehee, yep yep . Kita special, yayyy :)