Semoga indah. Serahkan pada Allah.


Assalamualaikum,

Kaifa halukum jami'an antum antunna sekalian :)

Semoga sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah, harini 6 Februari. Kelmarin, result MRSM sudah pun keluar. Dan, keputusannya adalah seperti berikut, Alhamdulillah.

Tahniah. Anda telah ditempatkan ke MRSM PDRM Kulim. Anda perlu mendaftarkan diri di MRSM berkenaan pada 13/02/2013 .

Maktab idaman. Dekat sebenanarnya maktab dengan rumah. Sebelah menyebelah saja. Hee, soal pergi atau tidak, saya belum memutuskannya lagi. Insya-Allah, saya serahkan segalanya pada Allah.  Masa form 1, saya berhasrat menolak tawaran MRSM Merbok atas sebab :


"Ai takmau dok asrama. Tak boleh online, makan burger, main Angry Birds pun tak boleh."

Haih, mengada! Hee, untuk kali kedua di Tingkatan 4, saya belum pasti. Insya-Allah. Yakin! Yakin! Soal asrama, jauh dari mak ayah, Insya-Allah, akan saya cuba atasi. Hee, dah besar kan :)


Tapi, berbolak-balik jugak hati ni. Sekejap rasa nak stay dengan parents, sekejap rasa nak dok asrama. Insya-Allah, istikharah. Seorang kawan saya dah siap sign borang itu ini. Semangat waja. All the best di MJSC Baling, ya~


Sahabat saya, Aishah. Aishah pun nak pi MRSM Parit. Good Luck, Aishah! Ganbatte ne! Satu, satu, satu pergi. Masa makan, tok wan tanya saya :



"Macam mane? Nak pegi? Baguih tu PDRM. Dekat sangat. Elok dah tu."

Kelu lidah saya. Saya tekad nak sambung Arab. Walau hakikatnya, bagi sesetengah orang, Arab tak menyumbang apa-apa. Tapi, entah kenapa? Saya sukakan lughah jannah ni. Dan, saya nak baca kitab Arab macam tok wan saya. Tak yah tengok kamus pun. Hee.


Memang tak dinafikan, further studies di MRSM, benefitsnya lebih besar. Sebelum result SPM keluar, dah boleh shuuuu (sounds of flight) ke oversea. Takpelah, Insya-Allah. Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah. Yakin Yakin tau ^__^


Pernah juga saya plan nak kembali ke SMKTJ. Tahun depan, kata Aida. Status berubah SMK ke SMKATJ. Rindu betul suasana Ma'thurat awal pagi. Mungkin SMKTJ menjadi pemangkin untuk saya belajar standing on my own feet dan boleh sambung Arab~ Hee.


Wallahu 'alam. Insya-Allah. Jumpa lagi. Doakan saya agar dapat buat keputusan yang the best! Ameen Ya Rabb.




2 comments :

muizz said...

Nanti kalau masuk mrsm pdrm sampaikan salam muiz kat kgkwn muiz kat sana.. Nas zaiyana dan amirah aqilah.. Rindu mereka..

Fahuna said...

Muizz : Insya-Allah, Nas dan Qilah, ye Huda kenal sangat, Insya-Allah :)