Housemaid, eh membantu ibu.


Assalamualaikum,

Selalunya kan, masa cuti sekolah, kalau time ibu ayah kena masuk pejabat atau ada kursus, perkara pertama yang ibu pesan lepas subuh,


"Jangan lupe kemas rumah tau. baju dalam machine, ummi dah basuh, sidai je, sapu-sapu rumah sikit. Nanti ummi balik, ummi nak rumah siap. Okay?"

Ayah pulak pesan,


"Siapkan homework, buat latihan, japgi tengah hari kita keluar makan."

Ahaaa, cemtulah. Kadang-kadang, pukul sebelas baru habis buat kerja kerja rumah. Dan dan of courselah, dekat dekat pukul dua belas nanti baru mandi :)

Ada yang rasa kemas rumah ni leceh, penat, dan tak kurang jugak yang berfikiran, "bukan aku yang sepahkan, kemas je, sepah balik."

Saya pun selalu fikir macamtu. Dekat asrama, saya basuh baju saya, kemas katil saya, sapu tempat saya, basuh pinggan saya. Pendek kata, selalunya buat untuk diri sendiri. Tapi kann, cuba kita bayangkan ibu kita yang buat semua tu dari kita kecil sampai lah sekarang.

Paling mudah, tengok bab duit. Duit ibu kita, tapi kita yang guna. Atau pun kann, ibu kita tak pernah masak untuk diri dia seorang, kalau boleh dia nak masak biar semua orang makan banyak banyak. Ibu kita tak berkira pun.

Kita pun kena jadi macam mak kita. Tak berkira, baik, comel dan sangat tabah.


Hee, kalau ibu ayah kita suruh buat kerja apa apa, bukan sebab nak mendera tau, sebab dia sayangkan kita, sebab ibu nak kita dapat pahala tolong dia.

Sayang ibuku dan ayahku, fillah. Wassalam.

No comments :