A life to live


Assalamualaikum,

Hai. Hee, saya dah tujuh belas.
Baru-baru ni, result SPM 2013 dah keluar. Hah, Alhamdulillah, maktab saya dapat 20 orang straight A’s. Tahniah kakak-kakak dan abang-abang :)

UNITED TOWARDS GLORIOUS VICTORY.

Dah nak SPM. Cepatnyaa masa berlalu. Dah tujuh belas tahun. Tujuh belas kot. Tahun ni lah last year sekolah,  lepastu dah kena usaha sendiri. Dah tak boleh nak tidur bawah ketiak mak.

Alaaa, rindunya nak jadi budak kecil balik. Rindu.

Kadang-kadang, bila fikir balik,
Nanti besar, nak jadi apa eh?

Doktor?

Cikgu?

Saintis? *cewah!

Hee, tak kisahlah apa pun yang kita nak jadi, harap-harap, cita-cita yang kita nak tu jadi kenyataan, Insya-Allah.

Tahun ni, walaupun rasa penat sangat sangat, tapi best. Kadang-kadang, bila fikir balik, rasa sayang nak tinggal kawan-kawan. Banyak sangat benda yang jadi dan semua tu mengajar saya untuk jadi saya yang sekarang hihi.

Sibuk. Ya memang sibuk. Ada seorang kawan saya cakap,

"Mungkin dengan kesibukan, kita takdak masa untuk membuang masa. Mungkin kita sibuk, kita takdak masa nak bercinta. Mungkin bila kita sibuk, kita belajar untuk mencuri masa. Hee, sibuk kejap je."

Saya yang sekarang mungkin lebih matang. Diulang, mungkin.

Macamana pun, umur tujuh belas ni banyak sangat cabaran. Mungkin sebab tu orang cakap, zaman remaja paling mencabar.

I feel it, you.

Dan saya yakin semua orang pun merasakan hal yang sama. Susah mana pun cabaran tu, kalau kita letakkan Allah number satu, Insya-Allah everything is going to be fine :)

Verily, with hardship comes ease kan? 


Okaylah, doakan kejayaan kita bersama tau. 9A+, Insya-Allah. Sayang semua kerana Allah!

Sekian, wassalam.

No comments :