Ramadhan I feel it inside.


Assalamualaikum, kaifa halukum jami’an?

Ehem. Alhamdulillah. Harini dah 29 Ramadhan.



Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah habis bulan Ramadhan. Tahun ni Ramadhan terakhir berbuka dengan kawan-kawan asrama. Last Ramadhan nak turun sahur depan kedai Kak Yah. Nanti dah tak dengar phone bunyi ibu gerak sahur sampai berbelas-belas kali missed call.

Dan, last year nak membeli belah dekat bazar sampai berpeluh-peluh tunggu apom balik mihmih.

Ramadhan tahun ni rasa seronok sangat. Walaupun penat, tapi best sangat. Ramadhan sebenarnya mengajar kita untuk bersabar. Hee, kita mesti pernah dengar orang cakap bulan puasa ni syaitan kena ikat. Mesti pernah kan?

Tiba-tiba, semua orang jadi baik

Alhamdulillah, harap-harap, lepas Ramadhan pun, kita terus terus jadi baik. Tapi kann, kadang-kadang, kita jumpa orang yang tak habis-habis buat jahat, walaupun dalam bulan Ramadhan. Haa, dah kenapa tu?

"Setan dah kena ikat. Takkan ada yang terlepas kot."

Walaupun syaitan diikat, nafsu pulak naik takhta. Dengan riak dan takburnya dia cuba menghasut kita. Orang yang kuat iman, dia takkan senang-senang nak jatuh bawah pemerintahan nafsu. Dia mesti kuat. gagah. tough. untuk serang nafsu. Dan orang yang beriman tak perlukan six packs mahu pun peluru buk untuk defend diri sendiri dari diserang nafsu. Hebat bukan?

Tapi, orang yang lemah gemalai, longlai dan lembik sahaja akan ikut telunjuk nafsu. Nafsu kata,

"Weh, tak payah pi terawih lah, sunat je pun."
"Lambatnya imam ni baca, sempat aku study setengah bab."
"Woii, penat kan posa hari ni. Ponteng lah."

Dan lain-lain lagi. Macam-macam nafsu cuba hasut kita. Dalam bulan Ramadhan jugak, kadang-kadang kita diuji. Kita kena sabar tau. Bila Allah uji, tandanya Allah sayang hee.

Kawan-kawan mesti tahu cerita pasal MH17 kan? Sedih kan? AllahuAkbar, ada yang nak balik beraya, ada yang first time naik flight, ada yang on the way nak jumpa parents. Tapi, kuasa Allah melangkaui segalanya. 

Kun Faya Kun. Al-Fatihah.

Jangan lupa saudara kita fi kulli makaan wa kulli zamaan di Palestine. Kalaulah kita tahu seindah apa syurga Allah, mesti kita tak sampai hati nak buat jahat kan? Mesti Israel pikir 2 3 kali sebelum nak bom Palestine.



Sebab diorang tak sedarlah, diorang tiap-tiap hari deliver ticket free masuk syurga.

Dah 29 Ramadhan. Ada lagi 1 hari sebelum Aidilfitri. Oh ya, kawan-kawan, jom kita teruskan misi mencari Lailatul Qadr, mungkin malam ini malamnyaa.

Harap-harap, tahun depan, kita sempat jumpa Ramadhan lagi, Insya-Allah. 


Taqabbalallahu minna wa minkum.

 



No comments :