When you are sad.

Assalamualaikum,




Boleh balik rumah. Yesh Yesh Yesh!

Alhamdulillah, kita boleh bernafas lagi hee.


Pernah tak ada satu hari tu kita rasa sedih. Sedih yang pergh tak tau nak habaq macamana?

Sampai orang tengok kita pun turut rasa simpati sampai kalau boleh nak lap ayaq mata dan hingus sekali hee.


Pernah tak kita jumpa orang yang kadang-kadang menyakitkan hati kita?


Yang selalu nak cari salah kita, yang selalu nak condemn kita, yang selalu nak marah kita, yang selalu nak terasa dengan kita, yang selalu nak nampak kita dekat bawah?


Pernah tak rasa nak give up?

Rasa macam, "Ya Allah, aku tak tahu nak buat apa dah."

Kadang-kadang, kita rasa macam kita dah takdak siapa-siapa nak jadi spine tolong support kita. Saya selalu rasa macamtu. Tapi, bila fikir balik, saya lupa yang saya ada Allah, Rasulullah, Ummi Abah, kawan-kawan sahabat handai yang dicintai lagi disayangi.

Kita mungkin lupa ujian Allah tanda kasih sayang-Nya. Kan Allah tak pernah membebani seorang hamba melebihi apa dayanya? Kalau kita rasa ujian tu berat sangat, hihi kita kena positip. Kalau tak boleh go through, kenapa Allah bagi kann?

"Anggap je semua tu colors of life." -Ibu.

Kalau hari ni hidup kita kaler kuning, tak semestinya esok merah atau oren kan? Nak jugak rasa kaler hitam, takpun kelabu. Mesti ada pro and cons. Baru boleh hidup macam pelangi mihmih.

Hee, saya selalu takut kalau saya tak boleh pleased semua orang, walhal instead of pleasing human being, kenapa saya tak pleased Al-Khaliq, Allah Ta'ala. Kadang-kadang, saya rasa macam, "Ish, dah kenapa aku ni."


Ya, saya terlalu nak puaskan hati semua orang. Astaghfirullahal'azim.


Tapi saya salah. Kita bukan syumul semua orang nak suka, kan? Yang penting, kita buat apa yang patut. Yang mana kena dahulu kita dahulukan yes. Dan dan dan yang paling paling paling penting, kita cuba maafkan semua orang.



Tak kisahlah seteruk mana pun orang tu, kita cuba maafkan. Memaafkan bukan tanda kita lemah, tapi sebenarnya kita jauh jauh jauh jauh lebih hebat! Memang susah nak maafkan orang, tapi takpa, kita cuba, boleh?

Hee, kalau kita tak mampu buat baik, jangan buat jahat, 
sebab tak buat jahat tu pun dah dikira buat baik.
                                                                                                  -copy paste quote PSP


Kawan-kawan, Alhamdulillah dah habis SPMRSM. Doakan kejayaan batch 97 around the globe yang ambil SPM bulan sebelas nanti. Insya-Allah. Doakan, Insya-Allah. Oh yaa, sebelum terlupa. Terima Kasih, adik yang selalu catch up blog ni. Insya-Allah, kalau free, kita update lagi mihmih.


No comments :