Forum Remaja MRSM Zon Utara


Assalamualaikum,


Hee. Nak cerita, ala nak throwback sebenarnya time masuk forum. Setiap tahun, akan ada minggu bahasa. Jadi, tahun 2014, MRSM Baling jadi tuan rumah. Seronok sebenarnya sebab masa ni kita akan jumpa ramai kawan kawan, dapat kenal satu sama lain, tukar-tukar pendapat, wah wah ayat memang macam karangan fakta pulak mihmih.

Selalunya, minggu bahasa akan mula dengan peringkat zon, lepastu siapa menang akan pergi peringkat kebangsaan (se-Malaysia). Tapi, tahun lepas minggu bahasa diadakan sampai peringkat zon ja. Masa saya form 4 dulu, saya tak take part pun sebab saya memang takdak pengalaman langsung nak masuk debat ke? bahas ke? pidato jauh sekali.

Paling hebat pun masuk bercerita masa darjah lima dulu. Tu pun nganga atas pentas lupa skrip. Haih.

Tahun lepas, saya memang tak terfikir langsung nak masuk apa apa pertandingan dalam minggu bahasa ni, sampailah satu hari tu, cikgu kelas saya tanya saya :

"Kamu nanti masuk forum, boleh?"


Masa tu saya macam blur sangat sebab saya pun tak tau forum tu sebenarnya macamana? Tapi takpalah, kalau cikgu percayakan saya, kenapa saya taknak percaya diri sendiri pulak?

Takpalah, saya & beberapa rakan lagi form a group. Lepas cari skrip apa semua, kami semua start practise. Sampailah hari interview. Tahu tak? Pendebat maktab pun join interview tu, lagi terkedu, ahli panel forum tahun 2013 pun join. 


CUAK.


Takpalah, saya pun cuba sehabis baik. Sebenarnya masa interview tu, saya main sebut ja, tambah tambah time forum spontan, memang dayung habis sampai kelaut taktau nak balik ke pesisir macamana?

Saya memang take expect tinggi nak dapat sebab memang ramai yang talented, yang ideanya lebih bernas dan berkualiti. Kalau nak harap saya, memang jauh beza. Tapi, tak sangka, rezeki, Alhamdulillah, saya terpilih untuk ke minggu bahasa, saya jadi ahli panel kedua.

Pengerusi : Mizah. 
Panel 1 : Al Fath.
Panel 2 : Sayalah yang tak tau apa apa tu.
Panel 3 : Zulaikha.


Taraaa, mempersembahkan, saya dan ahli ahli forum dan tak lupa, Cikgu Mimi yang banyak beri tunjuk ajar. Masa ni awal pagi sebelum nak pergi tempat bertanding, ketaq oh.

Setiap hari, dari pagi sampai malam kami bertapa dalam bilik kuliah. Buat skrip, kerah idea, share pendapat. Rasa seronok sangat, memang satu experience yang baru untuk saya. Paling banyak sumbang idea mestilah, Al Fath dan Mizah. Dua dua kalau start discuss, memang susah nak jumpa titik. Memang hebatlah, idea diorang jauh jauh lagi dahsyat. Rasa malu oh bila Zulaikha (Zu) yang form 4 tu, lagi lantang bentang isu. Saya kerja angguk angguk ja setuju. Hahaha, teruk betul.

Saya belajar banyak sangat. Saya mula belajar untuk yakin dengan diri sendiri, lepastu belajar guna akal dengan sebaik mungkin. Bila kita bercakap atau bersosial dengan khalayak, guna akal, bukan guna perasaan sebab setiap perkataan melambangkan sisi positif/negatif seseorang. Thus, mind your words, everyone.

Okay, jom move on masa hari pertandingan. Awal awal pagi tu, jangan tanyalah apa apa, saya nak cepat cepat habis sebab perasaan takut tu memang terzahir di wajah kudus saya, cis. Takpalah, lepas cabut undi, buat last preparation dan akhirnya, sampailah turn group nombor empat.

Masa tu, Mizah mula bukak forum. Tapi yang bestnya, ada beberapa line yang tak pernah saya dengar, dalam diam saya syak Mizah spontan. Sampai turn Al Fath pun sama. Al Fath memang spontan habis. Saya mula gelabah sebab lepasni turn saya. Takpa, saya try jet jet nampak yakin walhal hormon adrenalin berdansa kencang, hahaha.

Masa forum spontan pun sama. Memang cakap ikut sedap ja. Lain yang ditanya, lain yang saya jawab. Adik Zu yang duduk sebelah pun boleh bagi respons lagi tepat dari saya.

Memandangkan esok baru hari penutup, habis ja forum tu, terus pergi dewan besar tengok drama sampai ke petang. Habis drama, kami pergi tengok pidato pulak, lepastu storytelling, tak serik lagi, malam tu kami pergi tengok syair pulak. 

Best sebab masa ni saya belajar untuk menghargai karya sastera dan bahasa. Kalau kita tak preserve dari sekarang, tak mustahil satu hari nanti, karya karya seni ni akan hilang. Sekarang ni pun kita tengok bahasa kita banyak diadun dengan istilah pasar dan last last sekali nilai estetika seni tu dah tak ada.

Jadi, kawan kawan. Bersyukur dan berbanggalah dengan bahasa kita. Jiwa kita!

Alhamdulillah, usaha keras kami were all paid off. Al Fath dinobatkan sebagai ahli panel terbaik. Dan group forum kami dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Ya, johan. Masa tu rasa tak tau nak cakap apa sebab terlalu gembira. 



Alhamdulillah. Terima Kasih, cikgu, ibu ayah, kawan kawan forum, kawan kawan maktab dan semua yang memberi sokongan yang tidak terbelah belah baginya. May Allah bless us all for whole. 

Semoga fikrah yang dilisankan menjadi ibrah untuk kami dan ummah, Insya Allah.

 Okaylah setakat tu sahaja curhat saya kali ni. Kita jumpa lagi, wassalam :)

No comments :