Minggu Penulis Remaja (MPR) 2015


Assalamualaikum, 

Hee, harini saya nak coret sesuatu tentang, tentang, tentang,


MINGGU PENULIS REMAJA (MPR) 2015


Hee, sebenarnya, saya dapat tawaran untuk ke MPR tahun lepas. Ingat lagi masa tu saya dekat maktab, ayah call bagitahu saya. Tapi, saya tak dapat join sebab jadual sem break saya sangat padat. Berat hati nak tolak, tapi takpa, mungkin bukan rezeki saya untuk MPR 2014. Sebak juga hati saya masa tu.

Setahun berlalu. Dua hari sebelum 19 Mac, petang tu saya pergi library dengan ibu sebab nak cari puisi saya yang tersiar dalam Dewan Siswa. Puas saya cari, tapi tak jumpa. Nak tak nak, saya gagah pergi bahagian rak buku-buku yang dijilid. 

Selak satu satu, dan Alhamdulillah, saya jumpa semula puisi 'Pertemuan' yang tersiar dua tahun lalu. Cepat cepat photostat, lepastu saya pergi bahagian majalah. Saya ambil majalah Dewan Siswa terbaru. Sampai satu page ni, saya jumpa borang MPR. Terus tunjuk dekat ibu. Masa tu tak tahu perasaan nak cakap sedih atau gembira sebab MPR 2015 akan start tiga hari lagi.

"Haa, cuba akak call number En Jusoh."


Masa tu, saya rasa mustahil sangat sebab hee dengan borang tak hantar, lepastu ingat sesenang ke nak pergi MPR. Walaupun masa tu dah lepas office hour, saya try call jugak, dan ya tak ada orang angkat. Sampai rumah, terus on laptop, hantar email dekat En. Jusoh.

Penuh perasaan saya karang email saya. Esok pagi, tuptup En Jusoh reply email saya. Dan dan dan, saya boleh pergi MPR. Alhamdulillah, terima kasih En Jusoh. Kebetulan pulak, sepupu saya nak balik Shah Alam dari Pendang, dah alang alang ada space lagi dalam kereta, saya pun tumpang sekaki.


"Terima Kasih Uncle dan Aunty sudi bantu Nurul."


Sungguh, kalau rezeki kita ada, lambat cepat InsyaAllah dapat. Yakin dengan Tuhan.


Esok pagi hari Sabtu, saya terus ke DBP. Saya jumpa banyak kawan baru. Sungguh, semua nampak muda. Orang pertama yang saya jumpa hee Kak Zaiha. Saya ingatkan kawan kawan saya, sebaya dengan saya, rupa-rupanya mereka kakak dan abang saya.

"Confuse, diorang nampak muda atau saya yang nampak . . . wups taknak mengaku."


Saya ada 26 orang ahli keluarga baru. Saya ada abang, kakak, adik lelaki, adik perempuan. Cukup semua sekali.





Dari DBP, lepas dah cukup semua orang, terus bertolak ke Janda Baik. Best, atas bukit. Saya belajar macam-macam dekat sini. Hee, tak cukup dengan puisi, cerpen, novel, rencana, travelogue dan sebagainya. Saya juga belajar untuk berlakon, berpuisi dan berdekon.





Serius, saya tak tahu nak letak muka kat mana. Rasa nak balik bilik tekup muka dengan bantal! 


Maluuu.

Dekat MPR juga saya berpeluang jumpa sasterawan negara, iaitu Datuk Dr. Anwar Ridhwan. Sangat sangat saya kagumi budi bahasa, kesantunan, dan beliau tak lokek berkongsi pendapat. InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan jadi sehebat beliau.

Baiklah, bengkel puisi dikendalikan oleh Dr. Shamsuddin Othman. Kalau cerpen pulak, hee siapa lagi kalau bukan Kak Salina Ibrahim. Saya dapat banyak sangat ilmu. Rasa bersyukur sangat ada peluang dapat belajar perkara baru. Bila dah belajar cara nak karang puisi dan cerpen dengan betul, rasa segan nak baca karya yang lama-lama. 

Terima Kasih, Dr. Shamsuddin dan Kak Ina

Sepanjang MPR, saya dan kawan kawan dijaga oleh Kak Zaiha, Kak Zu dan En. Jusoh. First time jumpa En Jusoh, saya tak tahu nak ucap terima kasih macamana, rasa bersyukur sangat. Kak Zaiha dan Kak Zu sangat sangat baik! Rasa macam ibu dan ayah.

Kalau nak tahu sepanjang enam hari dekat sini, charge hotel, duit makan pagi petang malam tea break supper semua tak payah bayar. FOC kalau dari segi fees. Cukup hantar 3 cerpen dan 10 puisi. Ingat lagi stay up dengan Kak Ku & Kak Aisyah nak habiskan karya, last last semua terlena depan laptop mihmih.

Saya seronok sebab setiap kali buat cerpen, saya ada kawan-kawan yang sama-sama bantu, bagi pendapat, comment baris mana yang tak puitis hee. Masing-masing ada kelebihan dan saling berkongsi.

Terima kasih semua sebab sudi ajar saya buat cerpen, sudi tegur salah saya, sudi berkongsi pandangan, sudi ajar saya bercakap di depan, dan paling penting terima kasih sudi terima saya sebagai kawan awak semua.

"Alaaa, saya rindu awak awak semua."


Sekejap sangat kita jumpa, tapi bond of friendship tu rasa sangat manis. Boleh tak buat MPR The Series kee macamana? Saya harap kita kawan sampai bila bila ya, dan kita sama sama terus berkarya. Saya harap saya mampu jadi sehebat awak semua! 


We don't meet people by accident, they are meant to cross our path for a reason.


Banyak yang saya belajar dari MPR, setiap apa yang Allah atur, semuanya indah dan ada hikmah. Mungkin kalau saya join MPR last year, saya tak jumpa awak awak semua. 

All praises due to The Most Merciful, The Most Gracious, Allah S.W.T. Alhamdulillah.

Terima Kasih, semua! Jumpa lagi satu hari nanti ya :)

Saya sayang kalian kerana Allah.


1 comment :

AdinataGus said...

dah terlepas nampaknya,tahun depan dah lepas limit umur pula :(