Qamarun wa Ma'assalamah


Assalamualaikum,

Siapa sini suka dengar lagu Bahasa Arab? Hee, saya suka walaupun saya tak faham maksud. Tapi, saya tak reti nak cari lagu Arab. Ingat lagi, masa dekat maktab dulu, tambah tambah kalau ada event macam Sambutan Maulidur Rasul, Minggu Kesenian Islam, saya mesti tunggu tunggu nak tahu lagu apa yang BWP pasang.

Semua best best, ingat lagi masa tu saya hampir pitam sebab dengar lagu Muhammad Noor. Siang malam, time prep kalau boleh nak dengar lagu Muhammad Noor. 

Baiklah, saya nak share dua lagu Arab yang selalu saya dengar. Asal bukak phone, lagu ni yang saya play dulu hihi. Semalam, saya baca paper masa tunggu adik balik KAFA, page by page, papp! ada gambar Mostafa Atef. Hee, yang berbaju putih itulah Mostafa Atef.

Dan, saya terinspirasi nak buat entry topic ni, terima kasih awak yang sudi baca , hee.


Saya mula kenal Mostafa Atef masa saya tengok WHI, masa tu ada iklan lagu Qasidah. Sedap sangat. Saya pun tunggu sampai habis WHI semata-mata nak tengok show performed by Mostafa Atef.

Dan Qamarun ialah tajuk Qasidah lantunan Mostafa Atef. Qasidah Qamarun ni dalam Bahasa Arab. Saya cuma tahu sikit-sikit perkataan dalam Qamarun. Keseluruhannya, Qamarun mengisahkan tentang Kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.

Sebak tau dengar lagu ni, lepas habis WHI, terus log in 4shared nak download Qamarun. Setiap kali pasang earphone, mesti lagu ni saya nak dengar dulu. Rasa sedih, rasa sayu sangat sebab setiap bait lagu Qamarun digubah sangat indah. Subhanallah :)

Nanti, jangan lupa dengar ya. Nah, boleh click link ini : Qamarun

Ada sekali tu, kawan saya dari Misr tanya,

"Do you know any other Egyptian singers?"

"No, I don't."

Mula dari situ, saya ada rasa inkuiri yang sangat tinggi. Saya nak tahu banyak lagi lagu Arab. Setelah di google, youtube, search, tanya kawan etc, saya jumpa banyak sangat lagu. Lagi satu lagu Bahasa Arab yang saya suka dengar iaitu Ma'assalama. Lagu ni dilantun oleh Hamza Namira.

Ma'assalama maksudnya selamat tinggal. Hee, setakat yang saya faham, lagu ni mengisahkan tentang macamana seseorang yang terlalu mengagungkan dunia, yang terlalu melebihkan dunia sampai terleka.

"We've been fooled by this world for such a long time."

"Ma'ssalama rabbuk 'alaina middunya ya."


Hee, boleh click link ini untuk dengar : Ma'ssalama. Dengar tau, jangan tak dengar.

Okaylah, sekian. Ma'assalamah asdiqa'. Wassalam.

Syukran liziyaratikum, smile!

No comments :