Kawan seringgit lima kupang.



Assalamualaikum dan Hai dan selamat malam.

Harini saya nak cerita pasal kawan. Dulu, saya ingat lagi, masa saya darjah dua macamtu. Time tu memang zaman gelap gelap hidup seorang Nurul Huda in terms of friendship. Teruk sangat bunyinya, mihmih.

Dulu, masa saya pergi sekolah agama yang petang petang tu, saya takda kawan. Langsung tak ada. Serious, saya sendiri tak faham apa salah saya. Tapi, saya rasa mungkin sebab saya  pelajar baru, masuk masa darjah dua, tambah lagi saya pula orang luar. Alaa, sampai hati.

Dah dengan tak ada kawannya, macamana nak survive ni? Kadang-kadang, saya rela tahan malu masuk kelas lewat sejam sebab nak tengok Bawang Merah Bawang Putih sampai habis!

Last last Siska mati kena langgaq van ja, apaan sih?

Sebenarnya, ada kawan saya ni. Saya rasa dia tak suka saya kot? Tak tahulah, tapi dia memang macam tak puas hati ja dengan saya. Takpalah. Saya syak dia bagitahu dekat kawan-kawan lain, jangan kawan dengan saya.

Wey hampa! Dengaq sini, takpayah kawan dengan Huda. Kalau tak, jangan masuk geng aku!

Kawan saya tu orangnya tinggi. Memang dia selalu jadi ketua. Dia ada empayar yang sangat besar dan GAH. Memang semua orang takut sangat dengan dia. Paling sedih bila time rehat, saya makan sorang sorang, pastu kalau tak bawak pensil ka apa ka, nak pinjam kawan, kawan taknak bagi. Pastu kalau salah orang lain, saya yang kena.

Sampai satu tahap, kawan saya tu hantar surat.

Kalau hang nak join geng aku, hang kena bayaq RM 1.50.

Saya pun bayar sebab Huda desperately wants at least a friend. Dan, Alhamdulillah, saya pun jadi a part of the gang. Sejak haritu, kawan kawan lain mula sembang dengan saya. Tapi kan, bila dah jadi kawan, saya rasa kena take for granted pulak.

Kalau saya bawak bekal, yang asal asalnya penuh tapi bila sampai dekat saya, tinggal bekas ja. Sedih tak sedih? Tahu tak keropok tam tam atau pun orang panggil keropok bantal. Yang warna oren pastu dia macam rapuh pastu slow-slow makan time cikgu mengajar kat depan hee. 

Sekali tu, kawan saya ambil plastik keropok tu dari saya lepastu kan dia main tabur tabur atas jalan acah acah macam hujan turun. Kalau lodge report, boleh bukak kes kat mahkamah ni atas kesalahan mental abuse.

Tapi, bila saya teringat balik, saya tak sangka saya ada moment macamtu dalam hidup saya. Dulu, saya tak berani nak lawan sebab takut nanti hilang kawan. Cis! Padahal dalam hati, kalau boleh saya rasa nak lipat lipat ja tulang tulang kawan saya tu.

Bila saya dah besar, baru saya dapat belajar sesuatu. Dalam hidup ni, kita akan jumpa banyak orang. Sama ada nak jadi kawan atau pun pengajaran. Dan saya rasa, saya jumpa kawan saya tu sebagai pengajaran untuk saya supaya satu hari nanti, saya jangan tiru perbuatan dia.

Dan sebuah persahabatan sebenarnya lebih bernilai dari seringgit lima kupang!


Pada pandangan saya, kita memang perlukan kawan. Tapi, hati hati lah dalam memilih. Kalau boleh, letakkan sedikit rasa waspada, sebab kawan kita pun manusia. Bila-bila masa boleh berubah. Macam kita juga. Saya yakin, kalau kita kawan fillah, InsyaAllah friendship tu akan berbunga-bunga cintas wuhuuu!

Dan sebaik-baik teman ialah,

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

Sekian, wassalam.



2 comments :

Akin Devotee said...

HUDA. Can you forgive me? I feel like causing you trillions of problems. I'm not a good friend for you indeed. Muarghhh!!!

Fuh. Can i be that sebaik-baik teman for you?

Tolong, bash Tiq bila Huda terasa ka hapa ka. Kalau tak, Tiq taktau. :'(

Shafini said...

Huda, comel sangat cerita ni :')