License and me


Assalamualaikum dan selamat petang!

Hai. Saya baru balik dari kelas memandu. Masih terbau-bau bitumen litar. Nak cerita pasal license sebenarnya. Entahlah, hari ni hari kelima saya datang kelas, and guess what? Saya rasa macam

"Kenapa aku ambil lesen ni alaa?"

Saya rasa hari ni paling tragis. Lemme begins hee.

Semalam kelas keempat saya dan hari ni kelas kelima. Masa kelas keempat, saya baru belajar dalam litar, kiranya kena bawak kereta Kancil. Sebelum ni saya belajar dekat jalan raya dengan Viva. *bunyi berlagak je mihmih tak tak. Jadi, semalam saya baru belajar parking, Z lepastu S lepastu yang paling saya was-was, time nak naik turun bukit. It was my very first day on the track and honestly I'm dying inside. Cikgu yang ajar saya, beliau sangat baik, sangat soft-hearted and friendly. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Jadi, harini saya datang untuk kelas kelima.

"Nurul Huda, masuk kereta, bawak."

Saya pun berdiri lama-lama dekat kereta tu sebab saya ingat cikgu nak guide saya sekali. Rupa-rupanya tak, saya kena bawak sorang-sorang dalam litar tu. Seram tak seram? Saya pun bawak ja. Start engine lepastu ececeh jet jet macam bagus macam champion muka control yakin macam dah expert. Out of sudden masa nak masuk gear satu tu, Kancilku berbunyi kuat sangat macam 'tersenirih' besi ja. Semua orang pandang semacam cari kereta mana yang buat onar tu?

TEKAN KLAC RAPAT!

Tu baru mukadimah kawan kawan. Yes, I'm totally miserable. Saya naik bukit tak lepas, kereta undur ke belakanglah, langgar tebing lah, nak masuk parking pun tak tepat, dekat part Z tu, siap naik divider lagi. Hahaha, why la Huda?

Serious, saya rasa muka saya panas sangat tahan malu. Apa apa pun, saya rasa macam macam macam lega hee sebab at least saya bolehlah jugak bawak kereta. Walaupun teruk, yes it was terribly worst, saya belajar untuk yakin dengan diri sendiri. Saya rasa lah kan, mungkin itu tujuan cikgu suruh saya bawak seorang. Nak hilangkan rasa nervous, confident and enjoy the moment :)

Terima kasih, cikgu!

Ibrah yang saya dapat hari ni ialah you have to be patient. Litar tu memang panas. Itu baru saya yang dalam kereta, apatah lagi cikgu yang berjemur dekat luar bagi arahan. Pernah sekali tu, cikgu cakap

"Kamu tahu tak, dulu cikgu putih ja, macam ni." *tunjuk baju putih yang cikgu pakai.

"Tapi sekarang ni hitam."

Kalau cikgu boleh, takkan kita nak beralasan? Lagi, saya belajar untuk berlapang dada dan terima setiap kekurangan lepastu work hard to be better. Dan paling penting, kena selalu positive. Kadang-kadang, saya kena jugak marah lepastu kena tegur sebab cara bawak kereta salah. Lebih ngilu dari paper cut! Tapi takpalah, terima dan belajar sesuatu.

Saya harap kelas keenam dan seterusnya lebih baik, saya serik kalau boleh taknak sangkut sangkut lagi. Doakan saya lulus test JPJ yang tak tahu bila lagi, ya! Hee, thanks for reading. Wassalam.


3 comments :

Aishah Norrifin said...

Hahahaha... Huda
Naik divider kat selekoh Z itu wajib !!! bagi yg baru lah..
nnt lama2, tak langgar divider dah kot.

In Shaa Allah boleh =D

Akin Devotee said...

Cis. Cerita anda berdua mengerikan saya =_=

Fahuna said...

Aishah : Hee, itulah. Thanks Aishah! Congrats hampa dah lepas, happy for you :)

Akin : Hee awak awak awak tunggulah saat saat ini. Eh tak tak, gurau gurau ^^