Butterflies finally flew out.


Assalamualaikum dan hi kawan kawan. Alhamdulillah.

Saya ada satu cerita gembira. Alhamdulillah, saya passed test JPJ semalam (5.5.15). Alhamdulillah. Saya rasa macam dozens of butterflies in my tummy tau. Dua hari sebelum test, saya pergi latihan. Saya cuma buat latihan litar sahaja sebab jalan raya agak sibuk masa tu. Ada jalan yang ditutup lagi sebab construction.

Saya mula gelabah bila sehari sebelum test, cikgu saya cakap.

"Esok pergi jalan lain, yang depan KFC tu. Jalan satu tutup."

Saya betul-betul tak tahu nak buat apa. Masa QTI haritu, saya memandu macam jalan tu saya yang punya. Dengan tak reti tukar gear, dengan mati tengah simpang lagi. Huwaa, macamana nak lulus macamni? Malam sebelum test pun saya rasa macam in doubt, macamana nak bawak kereta esok?

Maka, awal awal pagi, bangun bangun tidur, terus siap. Bila dah sampai tempat memandu, terus checklist nama. Saya orang yang ke dua puluh enam. Hee, lambat kan? Tapi, bila dibahagi kepada dua sesi, saya jadi orang yang ke empat belas uii.

Awal awal sekali, kena test RPK dan RSM. Ingat lagi dulu ada sekali cikgu tanya apa itu RPK.

"Rancangan Pemeriksaan Kenderaan."


"Apadia, RANCANGAN?"

"Rutin Pemeriksaan Kenderaan."


Apalah saya ni, ada pulak rancangan haha. Lepas habis RPK RSM, first sekali kena test naik bukit. Wah, betapa strugglenya saya nak naik bukit. Dia cuma bagi dua kali try. First try saya naik bukit, pappp! 


Percubaan pertama gagal.


"Terlebih garisan kuning dik."


Kali kedua try, Alhamdulillah betul betul atas garisan. And the best part was saya turun dengan jayanya. Alhamdulillah. Sebelum ni masa latihan, kereta tak bergerak pun sebab terlupa turunkan handbrake. Natijahnya, kereta mati dengan saya saya sekali tersadai. Kemudian, parking sisi, parking tiga penjuru, selekoh Z dan masa sampai dekat tanda berhenti selekoh S tu saya rasa macam nak gulin gulin atas litar tu.

TEST LITAR PASSED

Saya pun duduk dekat pondok menunggu sementara nak tunggu test jalan raya pulak. Hee, tunggu tunggu tunggu dan sampai turn saya. Saya ambil borang, masuk dalam kereta dan nak start memandu sambil tengah fikir macamana saya nak bawak kereta ni.


Sungguh, letakkan sepenuh kepercayaan kepada Tuhan. Tawakkal Lillahita'ala.


Awal awal masuk kereta, saya dah lupa bagi signal. Tak pergi jalan raya lagi dah kena potong markah. Masa tu, saya fikir jalan raya ni mesti fail. Kemudian Encik JPJ bagitahu saya.

"Okay, kita pergi jalan number dua."

Saya macam, wah wah ni bukan jalan depan KFC ni. Macamana ni? Saya pun bawak ja, segigih gigihnya tunjuk muka confident. Seingat saya, sekali ja saya pernah lalu jalan tu masa latihan. Masa tengah jalan tu, ada juga kesilapan yang saya buat sampai Encik JPJ tu ingat saya ada masalah penglihatan lagi.

"Bahaya dik oi macamni, awak ni rabun ke?"


Akhirnya, selamat sampai ke tempat memandu semula. Sebelum keluar kereta, Encik JPJ tu bagi borang.

"Terima Kasih."


Saya rasa macam, ni mesti mesti confirm tak lepas. Kalau lulus mesti cakap tahniah kee well done kee atau 


"Saya amat berbangga dengan cara pemanduan awak."


Taklah saya gurau ja hihi. Saya keluar dari kereta, ambil beg. Kemudian duduk sekejap. Saya bukak kertas sehelai sehelai dan akhirnya.


LULUS!
"Alhamdulillah Huda dah halal."

No comments :