A post in Lendu.


Assalamualaikum and hi.

Hee, lamanya tak tulis apa apa.

Alhamdulillah, harini dah hari kelima saya di Lendu. Tempat baru, yang jauh jauh dari rumah. Tipulah kalau tak nangis sedu sedu masa ibu ayah nak balik. Saya ambil course Asasi TESL dan akan habis April tahun depan.

Here we go. Semalam hari terakhir MDS atau pun Minggu Destini Siswa. Best MDS ni cuma penat sikit. I slept at three and woke up at four, mengantuk tapi best! Hee, terima kasih abang dan kakak PM for being another side of our mom and dad. I surely will miss it.

Paling best, saya dapat kolej baru dan fakulti saya depan kolej. Dekat sangat. Alhamdulillah to The One who made it all. Saya ada lapan orang housemate and a roommate. Eventhough we aren't biologically sisters tapi masing masing macam dah kenal lama.

Kebanyakan students dekat Lendu course Masscom. Hee, memang ramai. Dekat Melaka, cuti Sabtu Ahad. Kalau dulu, mesti jealous dengan kawan yang cuti Sabtu Ahad sebab hari Ahad mesti ada movie best best. Sekarang dah ada peluang cuti Sabtu Ahad, takda tv lah pulak, huu.

Harini saja dah berapa kali tersasul, "Jumaat kan harini?"

"Sabtu laaa, Huda."


Tadi petang, saya jalan jalan campus nak pergi cari makanan. Masa dekat maktab dulu, kalau lapar pergi DS, ada orang sedia makan, sedia air. Sekarang dah kena cari sendiri. Baru tahu susah kee tak nak hidup cari sesuap ruji pengenyang ecewah! Sebelum ni tahu makan ja hihi. Kadang-kadang, saya rasa macam tak percaya ja saya dah lapan belas. Perangai pun budak budak lagi.

Sekarang baru saya faham kenapa dulu Kak Aimi selalu pesan jaga diri baik baik bila dah masuk Uni. Ingat lagi, dulu Kak Aimi pernah pesan, dekat Uni, kita akan jumpa dengan ramai orang, background yang berbeza dan mungkin lain dari cara kita. Yang penting, kita kena jadi diri sendiri dan jangan mudah terpengaruh. Tapi kalau dah terpengaruh dengan anasir baik tu takpa.

Jangan lupa solat dan ingat ibu ayah.

Saya harap hari hari yang akan datang will be much more wonderful to go through. Rasanya tahun ni kali pertama tak balik first Ramadahan dengan family. Haa, ni nak homesick ni. Takpa Huda, kejap ja kejap ja. Mana nak tahu lepas Lendu ni ke London pulak kee eh eh, doakan tau.

"All the best everyone, take care and goodnight fellas!"

Wassalam.



No comments :