Sugar and spice


Assalamualaikum, Hi.

Huish, lama kot tak tulis apa apa, last entry kemain sendu sendu emosi takmau sambung semester dua, pejam celik pejam celik EH? EH? dah habis Asasi, Alhamdulillah. Dan sepanjang empat bulan jugaklah saya berjanji untuk update entry tetapi malangnya janji sekadar janji hee. Walaupun dah berhari kat rumah, harini saya nak cerita jugak liku liku kehidupan saya di UITM Dengkil.

Students TESL dekat sini lagi ramai kalau nak compare time dekat Lendu dulu. Semua datang dari 3 campus berbeza, Kuantan, Shah Alam dan Lendu. Serious, first day class dah insecure. Tengok classmates kanan kiri speaking macam ayaq kot, tu tak kira lagi class drama, yang telah menghuru-harakan kehidupan seorang Nurul Huda di tanah Dengkil dari hari pertama sampailah hari terakhir kuliah haaa.



p/s : Saya kalau merenung masa depan memang cantik macamni.

Tapi kan, saya belajar banyak sangat sepanjang Asasi ni. Saya jumpa macam macam jenis kawan. Daripada yang pijak semut tak mati sampailah yang suka tambah garam dalam luka. Tapi takpa, kalau takdak ups and downs dalam life kita pun tak best jugak kan? Nanti-nanti saya cerita lagi di lain entry hihi, tak tahu lah tahun bila pulak kan?

Antara dugaan terbesar duduk Dengkil ni ialah sindrom-lapaq-tak-tentu-hala. Tetapi, saya yakin, bukan saya seorang ja yang menderita, mesti ada  insan-insan sejagat yang turut berada di bawah lembayung yang sama seperti saya kan kan kan, ewah ayat tak boleh nak klasik lagi. Dan selain duit dihabiskan untuk membeli buku-buku teks, buku-buku rujukan yang kini masih bersih suci seakan-akan tidak bertuan, sebahagian besar aset dalam dompet saya turut dilaburkan di Anjung. Perasaan eksaited turun Anjung nak beli makanan tu memang tak terluah dek kata-kata, tambah-tambah lepas habis mass lecture petang-petang tu. 


Bergelora perut ni macam ombak membidas pantai.
Lagi sakan bergendang kalau lecturer lepas lambat mihmih.

Alhamdulillah, sepanjang Asasi, baik di Lendu atau Dengkil, saya dapat housemates, roommates yang sangat baik. Dengan mereka-mereka inilah saya belajar survival tips, dari nak pilih sabun mandi sampailah nak cari calon suami. Tak kurang, ada locker housemate saya dah macam fridge, stock makanan banyak sangat, macam nak buat bekalan musim sejuk. Seterusnya, yang tiap tiap pagi tak pernah gagal jadi alarm kejutkan Subuh. Yang ni lah paling tabah sekali, roommate saya, iaitu Zaron. Fuyooo, memang nasiblah Zaron ni dapat roommate macam saya. Nak bangun pagi serupa kejut anak raja. Tapi, saya rasa sangat bersyukur sebab kalau ada problem dengan kawan-kawan, atau pun rasa sedih, homesick nak balik rumah, at least I've shoulders to hold on. Be it stormy or sunny, may Allah bless each and everyone of you all the way through. 

Walaupun saya tak pernah beriadah dekat Dengkil, berdasarkan pemerhatian saya, memang suasana Dengkil sangat sangat menggalakkan untuk kalian kalian yang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Ada yang main skateboard, badminton, naik basikal, lumba lari, futsal, tennis, banyak lah. Pernah sekali roommate tanya,




"Huda, bila kita nak turun bersukan?"

"One fine day." muka yakin je jawab.






ONE FINE DAY SANGAT sampai habis satu semester, Hal ini demikian kerana saya ni penganut tegar amalan prinsip hidup 3K. 


Kelas :)     Kafe :)    Katil :)

Apa-apa pun, tak kisahlah kita kena belajar dekat mana pun. Yang penting, kita kena pandai bawak diri. Jaga iman, ingat mak ayah, In Sha Allah yang baik-baik akan datang menyusul. Dan jangan lupa, pilih kawan yang betul :)





No comments :