Dear Housemates,


Assalamualaikum and hi.

Harini rasa nak cerita pasal housemates saya. Haritu tengah scroll scroll gallery, terjumpa few pictures of us back in those days we were in Dengkil, terus rasa nak tulis entry. We are 6 altogether, Mas, Zaron, Ain, Bella, Fina and me. Ain dan Bella memang ex-housemate dari Lendu, jadi memang tak kekok sangatlah nak rancak menyembang. Zaron pulak classmate, pagi pagi lagi dah berkepit dok sebelah menyebelah, memang lagilah tak tau malu haa!


Cerita dia sekarang, Mas dengan Fina. Memang segan tu tak tau nak habaq macamana. Paling kuat pun jumpa dekat toilet, hai hai, sengih sengih sikit sebelum nak masuk jamban. Setelah itu, masing-masing berlalu pergi membawa haluan sendiri.

Kemuncak housemate bonding ni terjalin time time dekat nak habis semester. Time tu ikatan memang kukuh nak habaq mai. Lagi lagi time semua orang buat jemaah nak tengok Lesen L saya. Serius, walaupun IC aku tudung tertarik sampai kebelakang, paling paling tidak berbekas lagi iras iras comel hiks. Ni kalau hampa tengok Lesen L, tak tipu memang fit muka macam criminal level 99. Lantaklah, dengan lesen tu jugak lah abang JPJ tu passedkan driving test saya haha nasib baik menabur bakti. Alright, Fina, Mas dan Ain memang rumah dekat dengan campus. Jap, Ain tu tak pun, tapi gigih jugak weekend nak balik rumah makcik dia hihi, tapi saya sangat mengalu-alukannya sebab nanti Ain bawak balik makanan yang disudahi dengan ucapan, "Ain, esok bawak lagi."

Selalunya, saya, Bella dan Zaron yang kena tinggal. Memang taklah tiap tiap minggu nak balik Kedah. Bila tinggal kami 3, selalunya kami tidur satu bilik, Bella share katil dengan saya. Haaa memang banyaklah tragedi tragedi tak diingini berlaku. Kadang-kadang, kami stay up malam malam tengok movie. 'Kami' lah sangat, last-last saya lena dulu. Kalau weekend, rumah memang sunyi takyah cakaplah. Gila tak sunyi tinggal 3 orang ja, dengan hati memberontak nak balik Kedah, perih tau menanggung kekecewaan macamni.Tapi, saya sayang housemates saya. Semua baik baik, semua makmum makmum tawaduk. Sebab sayalah imamnya, yang paling zuhud sekali haha ni kalau diorang baca ni memang cari nahas. Justeru, terlahirlah institusi kekeluargaan yang selayaknya digelar : 
BAITI JANNATI


Sepanjang berhousemates, pernah sekali kot kitorang plan nak keluar outing. Ada satu hari tu, kami pergi Alamanda. Ceritanya kami taklah berjalan sangat. Teman Ain dan Mas redeem voucher buku, lepastu pusing-pusing macam takdak arah, last last kami balik Dengkil bersama-sama kenangan indah. Time nak balik naik bas tu pun ada kisahnya jugak. Dengan panaih terik, boleh pulak driver tu ambil jalan jauh. Memang sempatlah dua kali mimpi.


Last few nights sebelum nak habis final, kami plan makan dekat Palma. Masuk ja Palma, tau tau makanan dah habis. Lagi nak membebai lepas dapat tahu banyak kedai kat Anjung dah tutup kecuali Shawarma. Untuk mendramatiskan lagi conflict conflict berliku ni, line nak beratur, sikit punya panjang. Ketibas kot, dah lah penat penat make up untuk candle light dinner kita bereenam, last last cair macamtu ja depan oven kebab tu haha. Malam tu kami main truth or dare, sembang sembang, record video Ain nyanyi lagu ikan. Zaron siap dengan lagu Johor kot. Serius, terganggu sistem urinari saya sebab gelak tak ingat dunia

Apa-apa pun, saya harap nanti degree, saya jumpa housemates saya lagi. May this friendship lasts forever. I'm so glad having you guys as a part of me. We will soon meet again, very soon In Sha Allah. Banyak lagi kot nak cerita ni, tapi nanti-nantilah bila Huda dapat hidayah hiks.

2 comments :

Aida Suhaimi said...

huda kan mmang sejak azali lgi movie yg tngak dy..��

Aida Suhaimi said...

huda kan mmang sejak azali lgi movie yg tngak dy..��