First Semester


Assalamualaikum, Hi!

Lama jugaklah saya dok self-pitying depan laptop baca entry syok sendiri dalam blog ni. Dah lah kehambaran dia tahap tak boleh bawak bincang, tajuk bimbo habis tapi entry macam tut tut tut. Jadi, saya decide untuk mendelete semua posts yang tak sesuai untuk pembacaan rakyat marhaen dasawarsa ini dan saki baki yang tinggal ni kira macam nampak lah sikit kecerdikan aku sebagai penulis blog suam suam kuku ni ahaks.

Alright, tujuan entry ni sebenarnya nak cerita highlight of my first semester degree gitchew.

Image result for divider

ORIENTATION WEEK
Masa awal-awal saya masuk USM, memang terkapai-kapai habislah. Hari-hari serabut dok fikir bila boleh balik rumah, nak makan apa, nak tidoq pukul berapa, tu tak masuk lagi kakak-kakak jubah yang mai terjah bilik tak bagi salam. Cuak tak cuak sampai request nak share tilam dengan roommate padahal katil sebelah-menyebelah ja. Pendek kata, habis orientasi terus pi Queesbay acah macam stress sangat, balik tu demam panas sampai suspect denggi, salah sendiri jugak ketegaq takmau jumpa doctor awal-awal.


MINOR ARABIC
Tak tahulah hembusan hidayah apa yang datang, saya nekad nak ambil minor bahasa Arab walaupun subjects major susah dia tahap menggigil time final exam. Sampai Vice Dean cakap, "It's hard for you to survive." Mulanya saya ada kawan satu course ambil Arab, lepastu dia drop. Sendu jugaklah time tu sebab hari-hari balik pukul 5 petang sorang, hadap kelas Arab 6 jam seminggu sampai rasa nak menikah dengan ikhwah jambang bermata kuyu *heart eyes emoji* Lagi stress kalau ada lecture lepas kelas Arab dari G03 nak pergi block HBP. Dengan serabut nak susun langkah pakai kain kot haha santun Melayu kena jaga y'alls walaupun time-time terdesak mana tau tengah-tengah berjihad tu jumpa jodoh eh?


HECTIC THURSDAY
Dalam satu minggu, saya ada 4 hari class, 3 hari weekend dan setiap hari Khamis merupakan hari yang paling critical. Seharian duduk dekat campus dengan sememeh baju tak tukar, berjemur dekat padang kawad berpeluh-peluh macam askar wataniah terus masuk lecture, memang kalau Khamis ja mental breakdown. Khamis ja bangun pagi fikir nak skip class boleh tak. Bila hari Rabu ja mesti macam, asal esok Khamis? Memang boleh bawak gaduh kalau tak sabaq.


Image result for hectic


  • 8 am - Tunggu bas
  • 9-10 am - Tutorial 
  • 11-1 pm - Tutorial LSP
  • 3-5 pm - Arabic Class
  • 5-7 pm - Scout
  • 8-10 pm - Lecture WUS101
  • 10.30 pm - Mabuk



GROUP WORKS
Course saya tak banyak assignment individual. Kebanyakannya groupwork ataupun pair. Selain menjaga hati sendiri, hati groupmates/partner pun kena jaga. Entahlah, saya half-half kalau groupworks ni sebab time sibuk at least kerja tu taklah bertimbun dekat kita sorang tapi kadang-kadang tu susah jugak nak handle. Pernah jugak groupmates plagiarised sebijik dari internet, taknak participate, compile lambat. Nak tarik muka pun macam pointless, nak rant dekat Twitter bukan boleh solve problem pun, so to make things better, kita confront face to face. Memang bitter tapi hello you can be the nicest person living on the planet Earth, but you gotta be wise too.


SUBAIDAH + TEH TARIK 
Ni spot makan paling favourite dalam campus selain pecal sambal pedas nak mati. Sebabnya price dia murah, cepat, banyak dan boleh cuci mata sampai bersih hiks. Masa first semester dulu, saya tak segan sangat nak lepak Subaidah lepas kelas minor, makan sorang pun relax takda hal sebab confidence level ninety-nine nak habaq mai. Kadang-kadang tu orang pandang macam eh-mana-mak-awat-makan-sorang-ni. Mula tu segan ya ampun pastu lama-lama saya sebat ja dengan muka seposen. Kalau taknak nampak loner sangat, saya pun buat-buat busy main phone padahal line internet dekat Subaidah tu tahap siput sedut kot.


TRAUMA LAST PRESENTATION
Tak ada yang scary melainkan ini. Cerita dia macamni, setiap orang dapat tajuk dan kena buat presentation. Time tu lecture untuk tajuk saya tak sampai lagi, tapi saya siapkan slides awal. Kiranya acah takmau last minute, last-last terkandas masuk gaung. Habis ja lecture tu, saya balik hostel terus compare slides yang saya dah siap. Masa tu saya rasa points tak cukuplah, macam tak bestlah. Malam tu jugak saya edit sampai 2-3 pagi sebab esok tu dah kena present. 

Image result for divider

Esok tu, time syok-syok dok skipping London tu BAMM! lecturer suruh stop halfway sebab panjang sangat and contents saya more than needed. Sebenarnya, slides saya awal-awal tu dah fit and sweet tapi tu lah was-was sangat padan muka. Memang tragic sangat time tu, kalau ikut hati, memang nak buat drama Samarinda dah atas stage, tapi tahan berlakon mata masuk habuk haha. Elok ja keluar pintu kelas terus ... menangis sedu-sedu sampai dalam bas. All the way nak naik hostel pun cover pakai payung sebab mata dah bengkak macam ikan buntal. Sampai bilik menangis lagi, call mak lagilah hegeh menangis. Haa tudia lah perangai, time down macamtu baru nak ingat Tuhan.


MYCSD
Dekat USM, first year ja dapat hostel. Lain-lain tahun kalau nak duduk hostel, kena kumpul MYCSD. Cerita dia kalau rumah sebelah USM tak kalut, ni seberang jambatan. Haa memang menggagau teruk lah malam-malam lepas Maghrib pergi dengar talk. Dari sekecik-kecik topic cacing sampailah ke cara-cara berkebun pun gigih pi jugak. Memang banyak duit saya habis beli ticket ceramah sebab malas nak join mana-mana persatuan. Kalau rajin sikit saya join contests kelab lain. Paling tak guna, events kebanyakannya time weekend =.='


Image result for worm


ROVER SCOUT
Okay, saya ambil kelana ni sebab saya malas nak ambil paper time final. Tak sangka boleh survive satu tahun walaupun first meeting dah rasa nak isi borang drop. Bukan tak best, cuma bila saya tak pandai manage time, saya rasa nak membebai ja, semua benda tak kena. Time first semester, saya selalu datang lambat, memang set set rebel selalu kena tulis nama hahaha. Tapi saya enjoy camping, saya suka jumpa crew members tapi itulah seronok sangat pun payah. Sekali tu pergi kem pengembaraan jalan kaki 40 km. Muka tak payah cakaplah terbakaq berkerak-kerak kot. Asal tengok cermin ja terus kena sindrom kemurungan.

Image result for divider

Itulah sedikit sebanyak cerita saya. Tak menarik pun tapi macam saja lah kan nak cerita jugak. Yang baik-baik ambil, yang buruk-buruk tinggalkan. Alright, till then.


No comments :